09 Julai 2013

Pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang

Tarikh: 8 Julai 2013
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Asrama Seri Gemilang, SK Kg Kudong

Keterangan:

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) merupakan satu program Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha menjadikan asrama sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.  Asrama yang terpilih akan dinilai berdasarkan program dan aktiviti asrama yang berfokuskan kepada pembangunan akademik, sahsiah, kerohanian penghuni asrama, pengurusan dan pentadbiran asrama.

Asrama Seri Gemilang, SK Kg Kudong telah terpilih mewakili negeri Johor dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir kebangsaan. Sebanyak 4 buah asrama telah berjaya dan akan bertanding pada peringkat akhir kebangsaan. Berikut adalah rakaman bergambar sewaktu penilaian ASAT peringkat akhir (kebangsaan).

Rakaman bergambar:













0 komen:

Catat Ulasan