21 Februari 2012

Program Pengamalan Sakinah DUN Bekok

Tarikh: 19 Februari 2012
Masa: 9:00 pagi
Tempat: SK Kg  Kudong
Anjuran: Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim

Keterangan:
Program Pengamalan Sakinah merupakan program sulung anjuran Yayasan Pembangunan Kelauarga Darul Takzim di Kampung Kudong. Program ini memfokuskan kepada masyarakat Islam di Kampung Kudong. program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan membantu keluarga-keluarga Islam untuk lebih memahami cara hidup Islam. Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa program ini ialah bercukur rambut, pengisytiharan nama anak, lafaz taklif dan juga berkhatam Al-Quran.

Murid-murid Islam dari SK Kg Kudong telah diberi penghargaan untuk menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran. Manakala bagi slot bercukur rambut dan juga pengisytiharan nama anak, 2 buah keluarga telah turut serta dalam aktiviti ini. Bagi slot penyerahan taklif, 2 buah keluarga dan juga 3 keluarga angkat telah terlibat dalam aktiviti ini.

Rakaman bergambar:






















16 Februari 2012

Mesyuarat Pengurusan Pembangunan Pendidikan Pengurusan Murid-murid Sekolah Orang Asli Dan Pribumi Negeri Johor Bil 3/12

Tarikh: 16 Februari 2012
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Kampung Kudong
Kehadiran:
En. Abd Aziz bin Haji Redwan (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Johor), Tn Hj Kamaruddin bin Mohd Tahir (Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan JPN Johor), Tn Hj Khalid bin Hashim (Penyelia Kanan, pengurusan Projek Khas Sekolah Orang Asli / Cluster Sektor Pengurusan Sekolah JPN Johor), En. Azman bin Ansar (Penyelia kelab dan Persatuan Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan JPN Johor), En Mesran bin Lamoon(Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Rendah PPD Segamat), Pegawai-pegawai PPD(R) daerah-daerah negeri Johor dan guru besar sekolah orang asli di negeri johor.


Keterangan:
SK Kampung Kudong telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pengurusan Pembangunan Pendidikan Pengurusan Murid-murid Sekolah Orang Asli Dan Pribumi Negeri Johor Bil 3/12. Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan juga guru besar-guru besar dari sekolah orang asli di negeri Johor.
Sebagai mengalu-alukan kedatangan para pelawat ke SK Kampung Kudong, mereka telah disambut dengan persembahan silat dan juga tarian sewang oleh murid-murid SK Kampung Kudong. Seterusnya mereka dibawa melawat ke asrama, kelas-kelas dan juga kawasan sekolah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada SK Kampung Kudong untuk menjadi hos kepada mesyuarat ini. Tidak lupa juga kepada pihak PPD Segamat dan juga warga SK Kampung Kudong atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. 

Rakaman bergambar:











12 Februari 2012

Persembahan Sewang di Majlis Perkahwinan Pn Nor Azura bte Samadi

Tarikh: 12 Februari 2012
Masa: 2:00 petang
Tempat: Felda Maokil, Labis, Segamat.

Keterangan:
Para penari sewang dari SK kg Kudong telah dijemput untuk mempersembahkan tarian sewang pada perkahwinan Pn Nor Azura bte Samadi. Pn Nor Azura merupakan salah seorang yang terlibat secara langsung dengan pasukan tarian sewang ini. Selamat berbahagia dan semoga kekal bersama selamanya.

Rakaman bergambar:






09 Februari 2012

Pertandingan Sepak Takraw MSSK Chaah Bekok

Masa: 8:00 pagi
Tempat: Dewan SJK(C) Bekok
Pengelola: SK Kg Kudong

Keterangan:

SK Kg Kudong telah diberi amanah untuk mengelola Pertandingan Sepak Takraw Lelaki 12 MSSK Chaah Bekok Tahun 2012. Sebanyak 10 regu telah mengambil bahagian iaitu SK Kg Kudong (A) dan (B), SJK(T) Cantuman Chaah (A) dan (B), SK Seri Bali (A) dan (B), SK Desa Temu Jodoh (A) dan (B), dan SK LKTP Maokil  2 (A) dan (B).

Keputusan pertandingan:
Johan: SK LKTP Maokil 2 (A)
 Naib Johan: SK Seri Bali (B)
 Tempat ketiga: SK Desa Temu Jodoh (B)
Tempat keempat: SK Seri Bali (A)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan bagi yang tidak bernasib baik peluang masih ada pada tahun hadapan. Terima kasih diucapkan kepada urusetia, pengurus pasukan, jurulatih dan juga para peserta kerana menjayakan pertandingan ini.

Rakaman bergambar: