21 April 2014

JOHAN PERTANDINGAN SOFBOL MSSD SEGAMAT

Tarikh: 21 April 2014
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Padang Kolej Vokasional Segamat

Keterangan:
SK Kampung Kudong telah menghantar 2 pasukan (lelaki dan perempuan) untuk menyertai pertandingan ini. Setelah berjuang bermati-matian akhirnya kedua-dua pasukan telah berjaya mencapai kejayaan. Pasukan sofbol lelaki telah berjaya mendapat tempat kedua manakala pasukan sofbol perempuan telah menggondol tempat pertama. Hampir separuh daripada keseluruhan pemain telah terpilih mewakili pasukan daerah Segamat untuk bertanding di Pertandingan Sofbol MSS Johor. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan semua pihak yang telah sama-sama membantu.

Rakaman Bergambar:
 
 
 

 


19 April 2014

ANUGERAH PIBG CEMERLANG KEBANGSAAN (SEKOLAH PEDALAMAN)

Tarikh: 19 April 2014
Tempat: Serdang

Keterangan:
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong telah dianugerahkan PIBG Cemerlang Kategori Sekolah Pedalaman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemenang membawa pulang wang tunai RM10,000, plak beserta sijil penyertaan. Anugerah telah disampaikan oleh  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan Malaysia.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama berusaha untuk mencapai kejayaan ini.

Rakaman Bergambar:
 
 
 



 

17 April 2014

HARI TERBUKA SK KAMPUNG KUDONG

Tarikh: 17 April 2014
Masa: 8:00 pagi
Tempat: SK Kampung Kudong

Keterangan:
Hari Terbuka SK Kampung Kudong merupakan satu program yang bertujuan untuk memberi maklum balas atau maklumat secara terus kepada ibu bapa dan penjaga murid tentang pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dan cara pembelajaran murid di sekolah. Program ini juga membantu pihak sekolah untuk membina dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali ibu bapa yang telah hadir ke sekolah.

Rakaman Bergambar:
 
 
 

13 April 2014

KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER (TASK FORCE) OLEH PKG LABIS

Tarikh: 12 dan 13 April 2014
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Makmal Komputer SK Kampung Kudong

Keterangan:
Seramai 8 orang juruteknik dari PKG Labis dan sekolah-sekolah berhampiran telah berkunjung dan menjalankan satu khidmat bantu makmal komputer. Setelah dua hari program ini dijalankan, hasilnya sebanyak 16 buah komputer berjaya dibaik pulih. Terima kasih diucapkan kepada PPD Segamat, PKG Labis, juruteknik komputer dan semua pihak yang terlibat.

Rakaman Bergambar:

 

 

12 April 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014

Tarikh: 12 April 2014
Masa: 8:00 pagi
Tempat: SK Kampung Kudong

Aturcara:

1) Pendaftaran peserta

 

2) Taklimat Laluan
 

3) Senamrobik

4) Merentas Desa

 
 


5) Sukaneka Pra Sekolah Dan Tahun 1 Arif
 
 
 

 6) Majlis Penyampaian Hadiah