27 Mac 2011

Sepak Takraw L12 MSSK Chaah Bekok

Tarikh: 25 Mac 2011
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Dewan SJK(C) Bekok

Keterangan:
SK Kg Kudong telah menghantar 2 regu untuk bersaing pada Pertandingan Sepak Takraw L12 MSSK Chaah Bekok. Setelah mengharungi pelbagai rintangan, akhirnya Regu A telah berjaya menjadi Naib Johan bagi Pertandingan Sepak Takraw L12 MSSK Chaah Bekok. Regu ini akan mewakili Chaah Bekok untuk bertanding di peringkat MSSD Segamat.

Rakaman Peristiwa:





24 Mac 2011

Pertandingan Bola Sepak L12 MSSK Chaah Bekok

Tarikh: 23 Mac 2011
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Padang SK LKTP Maokil 2

Keterangan:
Sebanyak 6 buah pasukan telah menyertai pertandingan ini. Setiap pasukan terdiri daripada 15 orang pemain dari pelbagai lapisan umur dan bangsa. Pasukan SK Kg Kudong telah diundi bersama-sama pasukan SK LKTP Maokil 1 dan juga SK Desa temu Jodoh. Pasukan SK Kg Kudong telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan akhirnya berjaya mendapat tempat keempat bagi pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SK Kg Kudong.

Rakaman Peristiwa:





05 Mac 2011

MSSK Chaah Bekok

Tarikh: 2 Mac 2011
Tempat: Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Bekok
Masa: 8.00 pagi

Keterangan:
1) SK Kg Kudong telah menghantar seramai 25 orang atlet untuk bertanding pada pertandingan ini.
2) Manakala seramai 5 orang guru telah menjadi pegawai bagi kejohanan ini.
3) Beberapa acara telah berjaya menyumbang pingat kepada Pasukan SK Kg Kudong -
lompat jauh (perak), lompat tinggi (perak dan gangsa), rejam lembing (gangsa), lontar peluru (perak), 4x200 m (gangsa) dan 200m (gangsa).

Rakaman Peristiwa:







Pelancaran Kempen Anti Dadah Peringkat SK Kg Kudong

Tarikh : 28 Februari 2011
Masa  : 8.00 pagi
Tempat : Tapak perhimpunan

Keterangan:
1) Pelancaran telah dilakukan oleh Guru Besar SK Kg Kudong, Pn Rosnah bte Yaacob dengan melakukan  upacara simbolik memotong reben pada 'bunting' 1Malaysia Membanteras Dadah.
2) Pembacaan Ikrar Anti Dadah oleh wakil murid.
3) Penerangan tentang bahaya dadah.

Rakaman Peristiwa: