24 Julai 2011

Santai Offroad 3

Tarikh: 23 Julai 2011
Tempat: Dewan Kg Kudong

Keterangan:
Pasukan Tarian Sewang SK Kg Kudong telah diberi peluang untuk mempersembahkan tarian sewang pada malam ketiga Program Santai Offroad III. Selain itu, pihak yang menganjurkan Program Santai Offroad III telah bermurah hati untuk memberi sumbangan kepada murid-murid SK Kg Kudong. Terima kasih diucapkan kepada penganjur Santai Offroad III kerana memberi sumbangan dan juga peluang kepada pasukan sewang SK Kg Kudong . Ini akan menjadi satu pengalaman berharga buat para penari sewang dan akan tertulis dalam diari aktiviti tahun 2011.

Rakaman peristiwa:









19 Julai 2011

Bola Jaring - Anugerah Asrama Terbilang (ASAT)

Tarikh: 15-17 Julai 2011
Tempat: SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar.

Keterangan:
Pasukan Bola Jaring (Asrama) SK Kg Kudong telah terpilih untuk mewakili daerah Segamat bagi karnival sukan antara asrama-asrama di negeri Johor. Karnival ini telah berlangsung selama3 hari bermula dari Jumaat, 15 Julai 2011 hingga Ahad, 17 Julai 2011. Setelah mengharungi perlawanan yang amat getir dan cuaca yang tidak menentu selama 3 hari tersebut, akhirnya mereka berjaya merebut tempat keempat bagi kategori Perlawanan Bola Jaring bagi Sekolah Rendah.

Tahniah diucapkan kepada para pemain, jurulatih dan juga guru-guru yang telah banyak memberi sumbangan kepada pasukan ini.










17 Julai 2011

Tarian Sewang Murid-murid SK Kg Kudong

07 Julai 2011

Lawatan Ke Rumah Murid

Tarikh: 7 Julai 2011

Keterangan:
Puan Rosnah bte Yaacob selaku Guru Besar SK Kg Kudong bersama-sama dengan beberapa orang guru telah melawat ke rumah murid yang mempunyai rekod kehadiran yang kurang memuaskan. Kunjungan ini bertujuan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh ibu bapa murid dan cuba untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

Rakaman Peristiwa:






Program Astro 601

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang matapelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu menggunakan kaedah yang lebih menarik dan interaktif.
Murid Tahun 6 akan dibawa menonton Astro 601 bersama-sama guru sebagai satu kaedah pemantapan pengetahuan bagi subjek-subjek tersebut.

Rakaman peristiwa:


06 Julai 2011

Murid Kehadiran Terbaik Bulanan

Keterangan:
Murid yang mempunyai rekod kehadiran terbaik sepanjang bulan Jun telah diberi penghargaan berupa hadiah (botol air). Diharapkan ini dapat menjadi penggalak kepada murid lain untuk hadir ke sekolah.

Rakaman peristiwa:





05 Julai 2011

Larian 1Murid 1Sukan

Tarikh: 2 Julai 2011

Keterangan:
Bertempat di SK Kg Kudong, pihak sekolah telah menganjurkan Larian 1Murid 1Sukan. Larian ini merupakan larian serentak di seluruh negara yang melibatkan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa murid-murid. Bagi Larian 1Murid 1Sukan peringkat SK Kg Kudong, semua warga sekolah telah dilibatkan secara langsung, termasuklah pelajar Kelas Dewasa dan Pribumi (KEDAP). Para pemenang telah menerima sijil penyertaan dan hamper cenderahati.

Rakaman peristiwa: