25 Mei 2014

LAWATAN PENANDA ARAS KE KELANTAN

24 Mei 2014

KUNJUNGAN DARIPADA RUMAH ANAK-ANAK YATIM DARUL SAADAH

Tarikh: 24 Mei 2014
Masa: 10:00 pagi
Tempat: SK Kampung Kudong

Keterangan:
SK Kampung Kudong sekali lagi dikunjungi oleh pihak luar. Kali ini daripada Rumah Anak-anak Yatim Darul Saadah, Segamat. Ketibaan mereka disambut dengan mesra oleh warga SK Kampung Kudong. Mereka telah ditaklimatkan tentang latar belakang sekolah dan kejayaan yang telah dikecapi. Pada majlis ini wakil Rumah Anak-anak Yatim Darul Saadah bermurah hati untuk menyumbangkan set LCD Projector dan LCD Slaid kepada pihak sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan dan warga Rumah Anak-anak Yatim Darul Saadah, Segamat.

Rakaman Bergambar:








GANGSA PERTANDINGAN SILAT SENI MSSJ

Tarikh: 24 Mei 2014
Tempat: Dewan SMK Bandar Putra, Kulaijaya

Keterangan:
Pasukan Silat Seni Segamat telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Silat Seni MSSJ bagi kategori Seni Jurus Silat Putra Sekolah Rendah. Pasukan ini dianggotai oleh 4 orang murid SK Kampung Kudong iaitu Nicholas, Remy, Ainol dan Afezam. Mereka telah berjaya mengalahkan daerah-daerah lain tetapi terpaksa akur pada kelebihan pengalaman Johor Bahru dan Kota Tinggi. Tahniah diucapkan kepada mereka. 

Rakaman Bergambar:








22 Mei 2014

LAWATAN PENANDA ARAS DARI PPD JELI, KELANTAN

TARIKH: 22 Mei 2014
MASA: 10:00 pagi

KETERANGAN:

SK Kampung Kudong telah dikunjungi oleh satu rombongan dari PPD Jeli, Kelantan. Lawatan penanda aras ini merupakan salah satu agenda dalam Program Transformasi Daerah yang dijalankan di Jeli. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sudi berkunjung ke sekolah kami. Semoga hubungan yang terjalin akan kekal dan memberikan manfaat kepada semua pihak.






19 Mei 2014

SAMBUTAN HARI GURU

TARIKH               : 19 MEI 2014
MASA                   : 8:00 PAGI

KETERANGAN  :
 Sambutan Hari Guru SK Kampung Kudong telah diadakan pada Isnin,19 Mei 2014. Program ini dikendalikan oleh Kelab Gurstaf SK Kampung Kudong. Bermacam-macam aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan sambutan ini antaranya sukaneka, karaoke dan juga persembahan murid. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

1) Perhimpunan rasmi

2) Upacara memotong kek
3) Persembahan murid
 

4) Murid-murid menyampaikan hadiah dan bunga kepada guru
 

5)  Sukaneka

 

6) Persembahan murid
 

 







08 Mei 2014

LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA PPD PASIR PUTEH, KELANTAN

TARIKH    : 8 MEI 2014
MASA        : 9:00 PAGI

KETERANGAN:
SK Kampung Kudong telah diberi penghormatan untuk menerima satu rombongan pentadbir sekolah daripada PPD Pasir Puteh, Kelantan. Rombongan ini merupakan satu lawatan penanda aras untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam mencapai kecemerlangan di dalam akademik dan kokurikulum di sekolah. Diharapkan segala input yang dikongsi akan dapat digunakan untuk manfaat bersama. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sekolah kami.


RAKAMAN BERGAMBAR: