26 Mac 2013

Kunjung Bantu Penyelia Asrama Negeri Johor

Tarikh: 25 & 26 Mac 2013
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Asrama Seri Gemilang

Keterangan:
Penyelia-penyelia asrama seluruh negeri Johor telah berkampung selama 2 hari di Asrama Seri Gemilang untuk membantu warga asrama dalam melakukan persiapan untuk pemantauan sempena Pertandingan Asrama Terbilang (Kebangsaan).

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat kerana sanggup datang dan membatu kami.

Rakaman bergambar:








22 Mac 2013

Mesyuarat Agung PIBG

Tarikh: 22 Mac 2013
Masa: 2:30 petang
Tempat: Makmal ICT SK Kampung Kudong
Aturcara:
2:30 petang - ketibaan / pendaftaran
                   - persembahan silat, sewang
3:00 petang - Majlis perasmian
                   - ucapan Penghulu Mukim Bekok
                    - Ucapan Guru Besar
                    - Tayangan Video Profil Sekolah
                    - Cabutan Bertuah
4:00 petang: - Mesyuarat Agung PIBG


Rakaman Bergambar:
















20 Mac 2013

Pertandingan Bola Sepak MSSK Chaah Bekok

Tarikh: 20 Mac 2013
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Padang SJKT Cantuman Chaah

Keterangan:
SK Kampun Kudong telah menghantar satu pasukan bola sepak untuk bertanding dalam pertandingan bola sepak kali tahun ini. Pasukan bola sepak ini dianggotai oleh murid-murid dari tahun 3 hingga tahun 6. Sepanjang perlawanan, mereka telah memberikan tentangan yang hebat dan mampu menguasai padang. Namun, nasib kurang menyebelahi apabila sekadar menduduki tempat keempat dalam zon MSSK Chaah Bekok ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih serta pengurus dan warga sekolah yang banyak menyumbang untuk kemajuan pasukan bola sepak ini.

Rakaman bergambar:







15 Mac 2013

Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas MSSD Segamat 2013

Tarikh:12 & 13 Mac 2013
Tempat: SMK Seri Kenangan

Keputusan:


Bil
Acara
Kedudukan
Pemenang
1
Lompat Jauh
Perak
Tarmizi bin Mada
2
Larian Pecut 200M
Gangsa
Tarmizi bin Mada

11 Mac 2013

Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga & Balapan MSSK Chaah Bekok

Tarikh: 6 & 7 Mac 2013
Tempat: Padang SK Desa Temu Jodoh

Keterangan:

SK Kampung Kudong telah menghantar satu kontinjen yang diketuai oleh En. Mohd Noh bin Mohya selaku pengurus. Untuk kali ini, pasukan SK Kg Kudong menyasarkan untuk menjadi johan keseluruhan bagi olahraga dan balapan. Sasaran tersebut berjaya dicapai apabila SK Kg Kudong diumumkan sebagai johan keseluruhan bagi kejohanan olahraga dan balapan kali ini. Lebih manis apabila 2 orang atlet iaitu Debis bin Amjah menjadi peserta terbaik bagi kategori L10 dan Roshan bin Sani menjadi peserta terbaik bagi kategori L12. Roshan bin Sani turut ditabalkan sebagai olahragawan bagi kejohanan kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Rakaman Peristiwa:












 

02 Mac 2013

Jom Jaga Gigi Peringkat Negeri Johor

Tarikh: 1 dan 2 Mac 2013
Tempat: SK Kampung Kudong dan Kampung Kemidak

Keterangan:
Program Jom Jaga Gigi 2013 merupakan kesinambungan kepada program yang sama pada tahun-tahun sebelumnya. Untuk tahun 2013 program ini melibatkan dua buah kampung iaitu Kampung Kudong dan Kampung Kemidak. SK Kampung Kudong telah dijadikan tempat untuk pemeriksaan dan pameran kesihatan pada 1 Mac 2013. Manakala pada keesokan harinya, murid-murid SK Kampung Kudong telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan silat dan tarian sewang semasa perasmian penutup di Kampung Kemidak oleh YB Chua Tee Yong.

Rakaman Bergambar:

Jumaat, 1 Mac 2013 - SK Kampung Kudong.


 

Sabtu, 2 Mac 2013 - Kampung Kemidak.

Persembahan Silat dan Sewang menyambut ketibaan YB Chua Tee Yong

Guru Besar SK Kampung Kudong menerima cenderahati daripada Kementerian Kesihatan Negeri Johor

Pemenang Pertandingan Mewarna Kategori Pra Sekolah SK Kampung Kudong

 Putera dan Puteri Senyuman SK Kampung Kudong
 (Afezam bin Mat)

(Rozaliana bte Santing @ Salim)