26 April 2010

Aktiviti Sekolah : Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah

Tarikh    : 26 April 2010
Masa     : 7.45 Pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan Sekolah

Keterangan :

Satu majlis Penyerahan Watikah kepada para pengawas sekolah telah diadakan. Seramai 10 orang pengawas dari Tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menerima watikah pelantikan mereka. Selain itu, mereka juga telah menerima vest pengawas yang baru. Majlis ini disempurnakan oleh Guru Besar SK Kg Kudong, Puan Rosnah bte Yaacob. Beliau sendiri telah menyampaikan watikah kepada mereka, seterusnya menyarungkan vest pengawas yang baru.



20 April 2010

Aktiviti Sekolah : Kem Kepimpinan & Motivasi Pengawas, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Tarikh: 16 hingga 17 April 2010
Tempat: SK Kg. Kudong
Anjuran: Unit Pengawas dan Disiplin
Bil. peserta: 20 orang
Tema: Pelajar Proaktif Pemangkin Kecemerlangan

Di atas inisiatif untuk melengkapkan pemimpin-pemimpin kecil SK Kg Kudong dengan ilmu kepimpinan, satu kem kepimpinan dan motivasi telah dirangka dan dijayakan pada 16 dan 17 April yang lalu. Kem ini melibatkan 30 orang peserta yang dipilih dari 119 orang murid-murid. Mereka yang terpilih adalah dari pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, ketua dan penolong ketua kelas serta exco asrama.

Pelbagai program telah disusun bersesuaian dengan tema bagi kem ini iaitu Pelajar Proaktif Pemangkin Kecemerlangan. Antaranya ialah ceramah kepimpinan dan tayangan video berkaitan dengan kepimpinan. Acara kemuncak bagi kem ini ialah Majlis Penutup dan penyampaian Sijil kepada para peserta. Majlis penutup ini diserikan dengan kehadiran wakil PPD Segamat, En. Ramzul bin Mohamad dan juga En. Nordin bin Gadeh, YDP PIBG SK Kg Kudong.





05 April 2010

Selamat datang : Puan Rosnah binti Yaacob

Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong kini mempunyai Guru Besar yang baru. Beliau ialah Puan Rosnah bte Yaacob yang berpindah dari SK Tebing Tinggi. Kami warga SK Kg. Kudong mengalu-alukan kedatangan beliau dan berharap beliau dapat meneruskan dan meningkatkan lagi prestasi anak-anak orang asli di sini. Selamat bertugas!!

04 April 2010

Selamat Tinggal : En. Azali & En. Ravantiran

Pada Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong telah kehilangan dua permata yang amat berharga iaitu En. Azali bin Othman dan En. Ravantiran A/L Munusamy.

En. Azali bin Othman telah menjadi Guru Besar SK Kg. Kudong selama 7 tahun bermula dari tahun 2003 lagi. Beliau telah dinaikkan pangkat ke PPD Segamat dengan menyandang jawatan Penyelia Kanan Sukan.


En. Ravantiran A/L Munusamy pula telah berkhidmat di sekolah ini selama 7 tahun bermula dari tahun 2003, sama seperti En. Azali. Beliau telah dinakkan pangkat menjadi PK Ko Kurikulum di SK Kemedak, Segamat.