23 Julai 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR MURID ASRAMA

Tarikh: 23 Julai 2014
Masa: 6:30 petang
Tempat: Dewan Makan Anjung Sri Bidara

Keterangan:
Sempena dengan bulan Ramadan, Asrama Seri Gemilang telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama-sama murid asrama. Bagi memeriahkan lagi majlis, ia telah digabungkan dengan sambutan hari lahir murid-murid. Murid-murid yang menyambut hari lahir telah menerima hadiah berupa wang saguhati manakala murid yang lain menerima duit raya.

Rakaman bergambar:







20 Julai 2014

PERHIMPUNAN KHAS PENCEGAHAN DENGGI

Tarikh: 20 Julai 2014
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna SK Kampung Kudong

Keterangan:
Baru-baru ini statistik demam denggi dan denggi berdarah telah mencatatkan peningkatan di seluruh negara. Atas sebab itulah satu perhimpunan khas telah diadakan. Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Khas Pencegahan Denggi bertujuan untuk memberi input berguna tentang denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes. Diharapkan segala makluamt yang disampaikan oleh guru-guru dapat dimanfaatkan untuk mencegah penyakit ini.

Rakaman bergambar:






 

18 Julai 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB GURSTAF

Tarikh: 18 Julai 2014
Masa: 6:30 petang
Tempat: Restoran Nusrah, Batu Pahat

Keterangan:
Satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Restoran Nusrah, Batu Pahat. Di samping mengeratkan hubungan sesama warga sekolah, majlis ini juga bertujuan memberi 'refreshment' kepada semua guru dan staf sekolah. Antara yang hadir ialah Ust. Mohammad Azli bin Abdullah (telah berpindah pada Jun 2014) dan juga Pn. Norhertihaslina bte Mohamad Sahar (balu Allahyarham En. Mohd Noh b. Mohya). Wakil GURSTAF, KEDAP dan guru-guru tidak terlepas peluang untuk memberi sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham En. Mohd Noh b. Mohya.


Rakaman Bergambar: