29 Disember 2014

Selamat Datang 2015

Selamat datang tahun baru 2015. Semoga SK Kampung Kudong akan lebih cemerlang pada tahun 2015, InshaAllah



16 November 2014

PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)



LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK TASIK CHINI, PAHANG

TARIKH: 16 November 2014
MASA: 10:00 pagi

KETERANGAN:

Satu rombongan waga SK Tasik Chini telah berkunjung ke SK Kampung Kudong pada 16 November yang lalu. Rombongan ini diketuai oleh tuan guru besarnya sendiri iaitu En. Akit bin Huat dan tiba kira-kira jam 10 pagi. Bermacam-macam perkongsian ilmiah dan pengalaman telah dijalankan antaranya berkisar tentang mencemerlangkan akademik dan kokurikulum murid. Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sekolah kami.























13 November 2014

LAWATAN PENANDA ARAS DARI PPD JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

TARIKH: 13 November 2014
MASA: 10:00 pagi









10 November 2014

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK TENGKU MARIAM, BATU PAHAT

TARIKH: 10 November 2014
MASA: 10:00 pagi

KETERANGAN:

Seramai 11 orang warga SK Tengku Mariam telah berkunjung ke SK Kampung Kudong dalam program lawatan penanda aras pada 10 November yang lalu. Rombongan ini diketuai oleh guru besarnya sendiri. Bermacam-macam perkara telah dikongsikan sepanjang sesi lawatan ini. Diharapkan segala perkongsian ilmu dan pengalaman akan dapat memanfaatkan kedua-dua pihak. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sekolah kami.









05 November 2014

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK MENSUDUT PINDAH, SEGAMAT

TARIKH: 5 November 2014
MASA: 10:00 pagi










31 Oktober 2014

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI KEBANGSAAN

TARIKH: 27 Oktober - 31 Oktober 2014
TEMPAT: Kota Bharu, Kelantan

KETERANGAN:

Seramai 13 orang murid SK Kampung Kudong telah terpilih mewakili negeri Johor dalam Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) peringkat kebangsaan yang telah dilangsungkan di Kota Bharu, Kelantan. Murid-murid ini telah bertanding dalam acara olahraga dan balapan. Keputusannya kontinjen Johor telah mendapat 3 pingat dalam acara lontar peluru (2 perak dan 1 gangsa). Ketiga-tiganya disumbangkan oleh atlet SK Kampung Kudong. Tahniah diucapkan kepada semua pihak terutama yang telah terlibat meneruskan kecemerlangan SK Kampung Kudong.


27 Oktober 2014

LAWATAN PENANDA ARAS DARI PPD PEKAN, PAHANG

TARIKH: 27 Oktober 2014
MASA: 10:00 pagi