26 April 2011

Pertandingan Sepak Takraw MSSD Segamat

Tarikh: 19 April 2011
Masa: 8.00 Pagi

Keterangan:
Setelah berjaya mendapat tempat kedua pada Pertandingan Sepak Takraw MSSk Chaah Bekok, Pasukan Sepak Takraw SK Kg Kudong telah meneruskan kemaraan ke peringkat MSSD Segamat. Setelah bertungkus lumus, akhirnya mereka berjaya mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada para pemain sepak takraw.

Sepintas lalu:







Pertandingan Silat Seni MSSD Segamat

Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong telah menghantar satu kontinjen silat untuk bertanding pada Pertandingan Silat Seni. Keputusannya, 2 pingat emas telah berjaya diperolehi melalui acara Seni Tari Silat (Rohaizila bte Ating) dan Seni Tempur Silat (Nur Alia Fadilah a/p Nin dan Isamira bte Jasin)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.





14 April 2011

Sesi Taklimat dan Orientasi Kelas Dewasa Dan Pribumi (KEDAP) 2011

Tarikh: 12 April 2011
Masa: 2.00 Petang
Tempat: Dewan Kampung Kudong
Kehadiran:
1) Guru Besar, Pn Rosnah bte Yaacob
2) Guru-guru kelas KEDAP 2011
3) Para peserta KEDAP 2011

Keterangan:
1) Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang Program Kelas Dewasa dan Pribumi Tahun 2011.
2) Antara yang disampaikan ialah pemberian elaun-elaun, jadual waktu, tenaga pengajar KEDAP dan juga program yang berkaitan dengan KEDAP.
3) Seramai 30 orang peserta telah dipilih untuk mengikuti KEDAP bagi tahun 2011

Sepintas lalu:



Pertandingan Badminton MSSK Chaah Bekok

Tarikh: 11 April 2011
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SJK(C) Chaah

Keterangan:
Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong telah menghantar satu pasukan badminton yang terdiri daripada 4 orang pemain perseorangan lelaki dan perempuan dan 4 beregu lelaki dan perempuan. Skuad badminton ini telah dilatih oleh En. Syafiq bin Hasnan dan dibantu oleh En. Sandiran a/l Alagantahan dan En. Muhammad Mukhtaruddin bin Harun sebagai pengurus pasukan. Skuad badminton telah berjaya melakarkan kejayaan yang amat membanggakan. Satu pingat gangsa telah disumbangkan dari acara perseorangan perempuan manakala pingat emas telah berjaya diperolehi daripada acara beregu perempuan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Rakaman peristiwa:





13 April 2011

Sumbangan Dari Peserta Taman Negara

Tarikh: 9 April 2011
Masa: 10 pagi
Keterangan:
SK Kg Kudong telah dilawati oleh satu kumpulan peserta dari Taman Negara Endau-Rompin. Kesemua peserta tersebut datangnya daripada Seremban, Negeri Sembilan dan tujuan mereka ke SKKK adalah untuk menyampaikan bantuan berupa pakaian kepada murid-murid. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang berkenaan.

Sepintas lalu:


11 April 2011

Mesyuarat PIBG Sesi 2011/2012

Tarikh: 8 April 2011
Tempat: Dewan Kampung Kudong
Masa: 3.00 petang

Keterangan:
1) Dirasmikan oleh wakil kepada ADUN Bekok.
2) Pasukan silat dan sewang telah diberi peluang untuk membuat persembahan.
3) Cabutan bertuah telah diadakan sebagai cara menggalakkan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat PIBG.

Sepintas lalu:








05 April 2011

Pelancaran Klinik Bergerak 1 Malaysia

Tarikh: 3 April 2011
Masa : 11 Pagi
Tempat: SK Kg Kudong

Info Ringkas:
1) Dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
2) Murid-murid SK Kg Kudong telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan bagi menyambut kedatangan Menteri Kesihatan Malaysia.
3) Pihak sekolah turut membuka satu booth sempena kempen Kiuh Ke Kampung, Kiah Ke Sekolah yang bertujuan mengurangkan kadar keciciran murid orang asli.


Sekitar Majlis Pelancaran Klinik Bergerak 1Malaysia: