18 November 2010

Makluman

Atas masalah pelayar (server), laman sesawang yang lama (jba7043.webs.com) terpaksa dipindahkan ke blog ini. Segala informasi terkini akan dimuatkan ke dalam blog ini. Namun, blog ini hanya akan mula beroperasi secara rasmi pada 2011. Harap maklum dan segala kesulitan amatlah dikesali

24 Oktober 2010

Rombongan Asrama Seri Gemilang Ke Kelantan Dan Terengganu

Tarikh : 15, 16 dan 17 Oktober 2010
Tempat : Kelantan dan Terengganu


Tentatif Program:
A. Kelantan
1) Istana batu
2) Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan
3) Wakaf Che Yeh

B. Terengganu
1) Pasar Payang
2) Dataran Syahbandar
3) Masjid Kristal
4) Taman Tamadun Islam
5) Kampung Rhu Muda

Sepintas lalu:





27 September 2010

Selamat Tinggal : En. Hairilanuar bin Mason

Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong sekali lagi menyaksikan pemergian guru ketiga bagi tahun 2010. Pada 18 September yang lalu, PGB Kurikulum, En. Hairil Anuar bin Mason telah berpindah ke SK Convent, Muar.  Beliau akan menjawat jawatan GPK Ko-kurikulum di sekolah baru.

Sedikit info:
Nama:
Hairil Anuar bin Mason
Status:
Berkahwin (1 orang anak)
Tempoh perkhidmatan di SK Kg Kudong:
1 Julai 2001 - 18 September 2010

20 September 2010

Semoga Berjaya

Guru-guru, murid-murid dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong mengucapkan selamat menjawab soalan UPSR dengan jaya dan semoga beroleh keputusan yang membanggakan.

 Azru Hafizzad bin Aba


 Izat bin Mahadi


 Sahrul Rizal bin Jamileh

26 Julai 2010

Aktiviti Komuniti : Program Jom Jaga Gigi Dan Kesihatan Peringkat Negeri Johor

Tarikh:  23 Julai 2010
Masa:  10.00 pagi
Tempat: Kampong Selai, 86500 Bekok, Segamat, Johor.

Program Jom Jaga Gigi Dan Kesihatan Peringkat Negeri Johor

Keterangan:

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong telah diberi penghormatan untuk mempersembahkan Seni Silat Sunda dan Tarian Sewang pada Majlis Perasmian Penutup Program Jom Jaga Gigi Dan Kesihatan Peringkat Negeri Johor.

Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labis, YB En Chua Tee Yong.

Pada majlis ini juga telah ditayangkan rakaman video Jom Jaga Gigi. (seperti yang telah dinyatakan pada 'posting' sebelum ini)

Jutaan terima kasih diucapkan terutama sekali kepada Jabatan Kesihatan Johor dan juga pihak-pihak yang telah memberi kami peluang untuk turut serta dalam majlis ini.




15 Julai 2010

Aktiviti Komuniti : Rakaman Video Jom Jaga Gigi

Tarikh: 12 Julai 2010
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SK Kg Kudong
Penglibatan: Murid-murid tahun 1 dan Tahun 2 serta En. Mohamad Rizal bin Kapandi

Keterangan:

Penggambaran ini merupakan salah satu agenda bagi Program Jom Jaga Gigi peringkat Johor. Video ini akan ditayangkan sewaktu perasmian penutup dan juga ke seluruh negeri.

Sekitar penggambaran Jom Jaga Gigi.






04 Julai 2010

Aktiviti Sekolah : Hari Terbuka

Tarikh : 2 Julai 2010
Tempat : SK Kg Kudong
Masa : 8 pagi - 12 tengah hari






28 Jun 2010

Aktiviti Komuniti : Persembahan Sewang Sempena Kembara Mahkota Johor 2010

Tarikh : 26 Jun 2010
Tempat : Dewan Serbaguna Bekok
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang






24 Mei 2010

Aktiviti Sekolah : Penyerahan Bantuan KWAPM dan Mesyuarat PIBG Ke-9

Tarikh : 21 Mei 2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Kg Kudong

Dirasmikan oleh : YB Chua Tee Yong
Turut hadir : wakil JHEOA, wakil Balai Polis Bekok, wakil UMNO bahagian, wakil PPD Segamat, Batin-batin, dan ibu bapa murid-murid.

Aturcara :

1) Ucapan oleh YDP PIBG
2) Ucapan oleh Guru Besar
3) Persembahan Profil sekolah dan tarian sewang
4) Ucapan perasmian oleh YB Chua Tee Yong
5) Penyerahan Wang Bantuan KWAPM kepada ibu bapa dan penjaga






18 Mei 2010

Aktiviti Sekolah : Sambutan Hari Guru

Tarikh : 17 Mei 2010
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Dewan Kg Kudong dan Kawasan Sekolah

Penglibatan : Guru-guru, Murid-murid dan Staf Sokongan.

Aturcara :
1)  Bacaan Doa
2)  Nyanyian Lagu Guru Malaysia & Lagu Biarku Menjadi Lilin
3)  Ucapan Wakil Murid
4)  Bacaan Perutusan Hari Guru
5)  Ucapan Guru Besar
6)  Sukaneka :
          i)     Masukkan Bola Bawah Meja
          ii)    Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu
          iii)   Cari Gula-gula Dalam Tepung
          iv)   Baling Pundi Kacang
          v)    Isi Air Dalam Botol
          vi)   Campak Gelung Rotan Pada Kon
          vii)  Hoki Berhalangan
         viii)  Boling Kelapa
7)  Penyampaian Hadiah
8)  Pertukaran Hadiah Sesama Guru
9)  Jamuan
10) Majlis Bersurai









16 Mei 2010

Aktiviti Sekolah : Gotong-royong Pencegahan Pembiakan Aedes Di Sekolah Serta Asrama Sekolah

Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kawasan Sekolah dan Asrama Sekolah

Penglibatan : Guru-guru, Staf Sokongan, Pekerja Kontrak Pembersihan, Ibu bapa, Murid-murid

Aturcara:
1) Taklimat oleh Guru Besar (Pn. Rosnah bte Yaacob)
2) Minum pagi
2) Pembahagian tugas
3) Gotong-royong bermula

*Gotong royong tamat pada pukul 12.30 tengah hari.