16 Mei 2013

Sambutan Hari Guru

Tarikh: 16 Mei 2013
Masa: 7:45 pagi
Tempat: Dewan SK Kampung Kudong

Keterangan:
16 Mei telah diisytiharkan sebagai Hari Guru bagi negara Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pendidik yang berada di seluruh negara. Sehubungan itu, bermacam-macam aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru pada tahun ini. Berikut adalah rakaman bergambar bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan.

1) Pembacaan Perutusan dan Ucapan PGB 1
2) Memotong Kek Sempena Hari Guru


3) Acara Sukaneka - Chopstick dan Gelang Getah

4) Acara Sukaneka - Gegelung Berwarna dan Bola

 5) Acara Sukaneka - Bawa Bulu Tangkis Guna Sudu

6) Acara Sukaneka - Mencari Harta Karun

 7) Acara Guru dan Staf Berhias



8) Penyampaian Anugerah dan Hadiah

Anugerah Guru Paling Ceria: En. Rasidde bin A.Jalil
Anugerah Guru Paling Penyayang: Pn. Rosnah bte Yaacob
Anugerah Guru Paling Bergaya: En. Abd Halim bin Atan
Anugerah Guru Paling Prihatin: En. Mohd Zazali bin Raman
Anugerah Guru Paling Popular: Pn. Nurhafiz Zubaidah bte Zakaria
Anugerah Guru & Staf Berhias Paling Popular: En. Syaifuzainol Azmi bin Yusof





*Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program sambutan hari guru ini. Semoga hubungan yang erat ini akan sentiasa terpelihara dan menjadi tunjang kecemerlangan sekolah.

07 Mei 2013

Johan Tempat Latihan Memberus Gigi Daerah Segamat

Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong sekali lagi berjaya mencipta kejayaan di kalangan sekolah-sekolah di Segamat apabila dinobatkan sebagai Johan Tempat Latihan Memberus Gigi Daerah Segamat. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dengan penyediaan tempat latihan ini. Diharapkan ianya akan dapat membantu meningkatkan lagi tahap kesedaran di kalangan warga SK Kampung Kudong tentang pentingnya penjagaan gigi.

Rakaman bergambar: