23 Januari 2014

Bantuan Awal Persekolahan RM 100

Tarikh: 22 Januari 2014
Masa: 11 pagi
Tempat: Dewan SK Kampung Kudong

Keterangan:
Pada 22 Januari yang lalu satu majlis ringkas telah diadakan untuk menyampaikan wang bantuan awal persekolahan sebanyak RM 100 bagi setiap murid. Majlis diserikan dengan kehadiran Pn. Suzila bte Baki, Pegawai JAKOA Segamat. 

Rakaman bergambar:







 

03 Januari 2014

Orientasi Asrama Seri Gemilang

Tarikh: 2 Januari 2014 hingga 3 Januari 2014
Tempat: Asrama Seri Gemilang

Keterangan:
Program Orientasi dan Suai Kenal Warga Asrama Seri Gemilang bertujuan untuk memberi persediaan secara mental dan fizikal kepada semua warga asrama. Bermacam-macam aktiviti telah dirancang oleh jawatankuasa orientasi dan suai kenal. Antaranya ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sukaneka, senamrobik dan juga ceramah motivasi.

Rakaman bergambar:















01 Januari 2014

Hari Pertama Persekolahan

Tarikh: 1 Januari 2014
Masa: 7:15 pagi

Keterangan:
Kedatangan murid-murid ke sekolah setelah bercuti hampir 2 bulan disambut dengan penuh kemesraan dan kasih sayang oleh guru-guru. Guru-guru berada di hadapan pagar sekolah seawal jam 7 pagi untuk memastikan kehadiran murid-murid disambut dan membuatkan kehadiran mereka dihargai.


Rakaman bergambar: