21 Oktober 2012

Rombongan KEDAP Ke Cameron Highland

Tarikh: 19 dan 20 Oktober 2012
Penglibatan: Para peserta KEDAP dan guru pengiring

Keterangan:
Pada Jumaat dan Sabtu yang lalu, para peserta Kelas Dewasa Dan Pribumi (KEDAP) telah terlibat dengan satu rombongan ke Cameron Highland, Pahang. Rombongan ini melibatkan kira-kira 35 orang peserta yang terdiri daripada peserta KEDAP sendiri dan guru-guru pengiring. Perjalanan mengambil masa kira-kira 7 jam. Tempat-tempat yang telah dilawati adalah Taman Agroteknologi MARDI (Tanah Rata), Pasar Tani (Brinchang), Ee Feng Gu Bee Farm (Habu), Rose Valley (Tringkap), dan S'Corner Strawberry Farm (Brinchang).

Gambar:








07 Oktober 2012

Datang Dan Pergi

Setelah hampir sebulan Cik Nor Hasnah bte Johari berkhidmat sebagai PPM Pra Sekolah, akhirnya pada 5 Oktober 2012, tiba masa untuk beliau mengucapkan selamat tinggal kepada SK Kg Kudong. Terima kasih diucapkan atas sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi kecemerlangan sekolah khususnya Pra Sekolah SK Kg Kudong. Diharapkan beliau dapat menimba pengalaman yang berguna di sini. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. Semoga kita berjumpa lagi.
  


Selamat datang diucapkan kepada Cik Nur Izyan bte Abd Halim yang akan bertugas sebagai PPM Pra Sekolah menggantikan Cik Nor Hasnah bte Johari bermula 1 Oktober 2012. Diharapkan kehadiran beliau akan dapat meneruskan kegemilangan Pra Sekolah SK Kg Kudong. Selamat berkhidmat di sini. Seluruh warga SK Kg Kudong mengalu-alukan kehadiran beliau di sini.



Majlis Perpisahan Cik Nor Hasnah bte Johari & Majlis Menyambut Cik Nur Izyan bte Abd Halim





Karnival Sukan Murid Asli Negeri Johor

Tarikh: 5 - 7 Oktober 2012
Tempat: Pusat Latihan JAKOA, Kluang, Johor.

Keterangan:
Karnival sukan ini merupakan acara tahunan yang melibatkan semua sekolah murid orang asli di negeri Johor. Acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola baling, sepak takraw, karaoke dan olahraga. SK Kg Kudong telah menghantar satu kontinjen dan mengambil bahagian dalam semua acara. Keputusannya, 2 emas (lompat tinggi dan karaoke lelaki), 2 perak (lontar peluru perempuan dan 200 meter lelaki), 2 gangsa (lompat tinggi perempuan dan karaoke perempuan) serta tempat keempat bagi bola baling perempuan.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan staf yang telah memberi sokongan sepanjang berlangsungnya karnival ini.

Rakaman peristiwa