31 Oktober 2013

Lawatan Penanda Aras SK Pemanis 2

Tarikh: 31 Oktober 2013
Masa: 2:00 petang

Keterangan:
SK Kampung Kudong telah dilawati oleh guru-guru dari SK Pemanis 2, Segamat. Lawatan ini bertujuan untuk melihat keistimewaan SK Kampung Kudong seterusnya berkongsi idea dan pendapat tentang pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Rakaman bergambar:








Asrama Terbilang Kebangsaan (Asrama Sekolah Rendah)

Asrama Seri Gemilang, SK Kampung Kudong telah dinobatkan sebagai Asrama Terbilang Kebangsaan kategori asrama sekolah rendah. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu merealisasikan impian ini.



30 Oktober 2013

Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Asrama Seri Gemilang

Tarikh: 30 Oktober 2013
Tempat: Hotel Katerina, Batu Pahat

Keterangan:
Sebagai penghargaan kepada warga Asrama Seri Gemilang, satu majlis makan malam telah dianjurkan bertempat di Hotel Katerina, Batu Pahat. Sebelum tiba ke hotel, murid-murid telah dibawa bermain boling di BP Mall. Semua murid diberi peluang untuk sama-sama mencuba dan bergembira bersama rakan dan guru.

Rakaman bergambar:













25 Oktober 2013

Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) Kebangsaan

Tarikh: 23 hingga 25 Oktober 2013
Tempat: Selangor

Keterangan:
SK Kampung Kudong telah terpilih untuk menghantar pasukan olahraga mewakili negeri Johor ke Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli Kebangsaan pada tahun ini. Setelah berjuang berhabis-habisan, kontinjen Johor telah menjadi Johan Keseluruhan Olahraga dan Balapan serta Johan Keseluruhan untuk kali ini. Tahniah diucapkan.




22 Oktober 2013

Lawatan Penanda Aras Prasekolah Daripada JPN Kelantan

Tarikh: 22 Oktober 2013
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Prasekolah SK Kampung Kudong

Keterangan:
Prasekolah SK Kampung Kudong telah diberi penghormatan untuk menerima kunjungan daripada delegasi JPN Kelantan. Mereka diketuai oleh Ketua Unit Prasekolah JPN Kelantan dan disertai oleh kira-kira 20 orang peserta lain. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan menjadikan Prasekolah SK Kampung Kudong sebagai salah satu penanda aras bagi prasekolah di Malaysia.

Rakaman bergambar:





17 Oktober 2013

Ibadah Korban Sempena Aidil Adha

Tarikh: 17 Oktober 2013
Tempat: Surau Kg Kudong

Keterangan:
Satu ibadah korban telah disempurnakan di perkarangan Surau Kg Kudong. Sebanyak 2 ekor lembu telah disumbangkan oleh Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Bahagian Yong Peng dengan Jabatan Kemajuan Islam Negeri Johor. 

Rakaman bergambar:




10 Oktober 2013

Program Outreach IPG Kampus Temenggong Ibrahim bersama SK Kampung Kudong

Tarikh: 10 dan 11 Oktober 2013
Tempat: SK Kampung Kudong

Keterangan:
Kira-kira 70 orang pelajar daripada IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru bersama 4 orang pensyarah telah menganjurkan satu program di SK Kampung Kudong selama 2 hari. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dan ibu bapa orang asli tentang kepentingan pendidikan di samping mengeratkan hubungan dan bermesra dengan mereka. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Celik ICT, tanaman herba, senamrobik, dan memasak menu sihat.

Turut hadir sewaktu majlis penutup ialah En. Suhaimi bin Sapari dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dan Tn Hj Khalid bin Hj Hashim dari JPN Johor.

Rakaman bergambar:









04 Oktober 2013

Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) Johor

Tarikh: 4 hingga 6 Oktober 2013
Tempat: Pusat Latihan JAKOA Kluang

Keterangan:
SK Kampung Kudong telah menghantar satu kontinjen yang akan membawa nama sekolah berjuang sesama sekolah asli di seluruh Johor dalam pelbagai sukan. Setelah 3 hari memerah keringat dan usaha, akhirnya SK Kampung Kudong dinobatkan sebagai Johan Olahraga dan Balapan dan beberapa anugerah peribadi telah dicapai. Tarmizi bin Mada telah dinobatkan sebagai Olahragawan manakala Aszeri Kha bin Asoi telah mendapat Anugerah Tekong Terbaik. Tahniah diucapkan.

Rakaman bergambar:






03 Oktober 2013

Lawatan Penanda Aras Daripada SK Sungai Perah, Perak

Tarikh: 4 Oktober 2013
Masa: 9:00 pagi

Keterangan:
SK Kampung Kudong berbesar hati menerima kunjungan daripada SK Sungai Perah, Parit, Perak. Lawatan ini diketuai oleh En. Abdul Fatah bin Ahmad Dom selaku Guru Besar SK Sungai Perah. Antara yang turut serta dalam lawatan ini ialah guru-guru, ibu bapa selaku peserta KEDAP dan juga staf sokongan sekolah. Mereka disambut oleh barisan guru-guru, murid-murid dan juga ibu bapa murid SK Kampung Kudong. Diharapkan objektif lawatan mereka akan tercapai melalui program dan perkongsian ilmu yang telah berlaku secara langsung ataupun tidak langsung.

Rakaman bergambar: