29 Januari 2015

LATIHAN MERENTAS DESA

TARIKH: 29 JANUARI 2015
MASA: 7:30 PAGI

KETERANGAN:
Sempena pertandingan merentas desa yang akan dijalankan pada awal Februari, satu latihan merentas desa telah dirancang dan berjaya dilaksanakan. Murid-murid diberi peluang untuk merasai trek merentas desa yang akan mereka lalui pada hari pertandingan yang sebenar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sama-sama membantu melaksanakan latihan merentas desa ini.







21 Januari 2015

JASAMU DIKENANG, BUDIMU DITATANG.

Seluruh warga SK Kampung Kudong mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn. Rosnah bte Yaacob yang berpindah ke SK Desa Temu Jodoh, Segamat. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi sehingga berjaya memimpin warga sekolah mengecap kegemilangan dalam segala  bidang. Sehubungan itu, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 21 Januari 2015 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada beliau.





16 Januari 2015

PROGRAM SUAI KENAL WARGA ASRAMA SERI GEMILANG 2015

TARIKH: 15 - 16 JANUARI 2015
TEMPAT: ASRAMA SERI GEMILANG

KETERANGAN:
Program suai kenal atau nama lainnya program orientasi merupakan satu program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga asrama tentang peraturan dan iklim di sesebuah asrama itu. Program Suai Kenal Warga Asrama Seri Gemilang telah dijalankan pada 15 hingga 16 Januari yang lalu. Program ini melibatkan kerjasama antara warga asrama dan warga sekolah dalam memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan teratur. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut.

1) Sukaneka
2) LDK



 
3) Larian Kecemasan



4) Senamrobik
5) Gotong Royong






 6) Majlis Penutup





14 Januari 2015

TAKLIMAT AWAL TAHUN PRA SEKOLAH

TARIKH: 14 JANUARI 2015
MASA: 11:00 PAGI




LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK AMAR PENGHULU, NEGERI SEMBILAN

TARIKH: 14 JANUARI 2015
MASA: 9:00 PAGI

KETERANGAN:
SK Kampung Kudong telah diberi penghormatan untuk menerima kunjungan daripada warga SK Amar Penghulu, Negeri Sembilan. Kunjungan ini merupakan yang pertama bagi tahun 2015. Banyak input berguna yang telah dikongsi bersama antara kedua-dua buah sekolah. Diharapkan kerjasama ini akan berkekalan selamanya.





11 Januari 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2015




02 Januari 2015

SELAMAT DATANG TUAN GURU BESAR

Sekalian warga SK Kampung Kudong mengucapkan selamat datang kepada guru besar yang baru, Tn. Hj. Rusdin bin Hj. Mahamud. Kami semua mengalu-alukan tuan dan berharap tuan dapat memacu SK kampung Kudong untuk terus cemerlang dalam apa jua aspek.