31 Mac 2012

Mesyuarat Agung PIBG

Keterangan:
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 11 telah dijalankan pertama kalinya di bangunan baru SK Kg Kudong dengan jayanya. Sesuai dengan objektif persatuan, Mesyuarat Agung PIBG ini merupakan wadah antara ibu bapa dengan pihak sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. Mesyuarat ini juga diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-guru dan para ibu bapa berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka. Mesyuarat Agung PIBG ini telah dipengerusikan oleh YDP PIBG sesi 2012/2014 iaitu En. Nordin bin Gadih. Mesyuarat Agung PIBG kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Suhairy bin Abdul Ghani, Pengarah JAKOA Negeri Johor.


Rakaman Peristiwa:







09 Mac 2012

Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan RM100

Tarikh: 9 Mac 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat
Kehadiran: Ibu bapa/ penjaga murid Tahun 1 dan Pn Suzilla Baki (pegawai Jakoa Segamat)

Rakaman Peristiwa:




03 Mac 2012

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah

Tarikh: 27 Februari 2012 - 3 Mac 2012
Tempat: Perkarangan Sekolah

Keterangan:

Program Minggu Anti Dadah merupakan satu program yang bertujuan memberi pendedahan tentang bahaya dadah kepada murid-murid. Program ini dijalankan selama seminggu bermula 27 Februari 2012. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut.

1) Majlis Perasmian
    Dirasmikan oleh En. Azman bin Ayun, PGB Kurikulum


  Bacaan Ikrar Benci Dadah oleh guru bertugas

   Tayangan Video Pendek Tentang Bahaya Dadah


2) Pertandingan Mewarna Poster




3) Ceramah Anti Dadah dan Pertandingan Teka Silang Kata





4) Simbolik Membakar Benda Berkaitan Dadah dan Menandatangai Petisyen Anti dadah








5) Pertandingan Deklamasi Sajak (secara rakaman video)



   6) Majlis Penutup
       Perasmian penutup oleh En Abd Halim bin Atan, PGB HEM







Terima kasih diucapkan kepada guru-guru, murid-murid dan warga sekolah yang telah sama-sama menjayakan program ini.

Program Gotong Royong Anti Denggi

Tarikh: 3 Mac 2012
Tempat: Perkarangan sekolah

Keterangan:

Satu program gotong royong telah diadakan pada Sabtu yang lalu. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah dari sebarang tempat atau perkara yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Program gotong royong bermula dengan senamrobik oleh En. Abd Halim bin Atan. Seterusnya murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan pemantauan oleh guru-guru. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan saliran yang tersumbat dengan daun-daun dan rumput-rumput, mengutip bekas yang boleh menakung air dan membersihkan kawasan yang menjadi tempat nyamuk Aedes berlindung.

Rakaman bergambar: