31 Mac 2012

Mesyuarat Agung PIBG

Keterangan:
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 11 telah dijalankan pertama kalinya di bangunan baru SK Kg Kudong dengan jayanya. Sesuai dengan objektif persatuan, Mesyuarat Agung PIBG ini merupakan wadah antara ibu bapa dengan pihak sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. Mesyuarat ini juga diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada guru-guru dan para ibu bapa berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka. Mesyuarat Agung PIBG ini telah dipengerusikan oleh YDP PIBG sesi 2012/2014 iaitu En. Nordin bin Gadih. Mesyuarat Agung PIBG kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Suhairy bin Abdul Ghani, Pengarah JAKOA Negeri Johor.


Rakaman Peristiwa:







0 komen:

Catat Ulasan