31 Disember 2013

Taklimat Prasekolah Tahun 2014

Tarikh: 31 Disember 2013
Masa: 9:30 Pagi

Keterangan:
Satu taklimat sebelum sesi persekolahan telah diadakan khas untuk ibu bapa/penjaga murid-murid Prasekolah SK Kampung Kudong.  Taklimat ini disampaikan oleh Cik Noor Hafizah bte Ali selaku guru prasekolah. Antara perkara yang disentuh semasa taklimat ini ialah takwim prasekolah, aktiviti, dan bantuan persekolahan.

Rakaman bergambar:


 

Taklimat Tahun 1 2014

Tarikh: 31 Disember 2013
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Kelas 1 Arif

Keterangan:
Taklimat ini merupakan satu program melibatkan guru-guru dan juga ibu bapa bersama anak jagaan mereka yang akan memasuki tahun 1 pada tahun 2014. Program ini dipengerusikan oleh Pn. Nurhafiz Zubaidah bte Zakaria merangkap Guru Kelas 1 Arif. Antara yang disentuh sepanjang program ini ialah berkenaan KSSR, LINUS, bantuan persekolahan dan juga kelas Bahasa Arab. Guru-guru subjek juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan diri di hadapan ibu bapa yang hadir.

Rakaman bergambar:





28 Disember 2013

PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan

Tarikh: 26 Disember 2013
Masa: 11:00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, SK Kampung Kudong

Keterangan:
Satu pasukan penilai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah datang dan menilai PIBG SK Kampung Kudong yang telah mewakili Johor bagi kategori PIBG Cemerlang Sekolah Pedalaman. Diharapkan PIBG SK Kampung Kudong akan dapat meraih kecemerlangan seterusnya dinobatkan sebagai PIBG Cemerlang Sekolah Pedalaman Peringkat Kebangsaan 2013.

Rakaman bergambar:




26 Disember 2013

Kursus Peningkatan Profesionalisme

Tarikh:  26 Disember 2013
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Makmal Komputer, SK Kampung Kudong
Penceramah: En. Salamian bin Surip (Kem Kaizen Gunung Pulai)

Keterangan:
Satu program telah dianjurkan melibatkan tiga buah sekolah dari Zon Labis iaitu SK Kampung Kudong, SK Sri Labis dan SK Sawah Bahru. Program ini bertujuan menyuntik semangat baru kepada semua guru yang terlibat supaya lebih komited dalam melaksanakan tugasan di sekolah masing-masing. En. Salamian bin Surip dari Kem Kaizen, Gunung Pulai telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini. Diharapkan segala input yang diberikan akan dapat digunakan untuk meningkatkan lagi motivasi diri setiap peserta program.

Rakaman bergambar:





18 November 2013

Jutaan Terima Kasih dan Sekalung Penghargaan

Warga SK Kampung Kudong mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti serta pengorbanan yang dicurahkan oleh guru-guru yang telah berkhidmat di SK Kampung Kudong sepanjang tahun 2013. Terima kasih kerana telah sama-sama memacu SK Kampung Kudong mencipta kecemerlangan dalam semua aspek.

Semoga mereka akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan jangan lupakan kami semua di sini. 

Cikgu Sabariah

Cikgu Siti Nurbaya

Cikgu Nur Akmal Lina

15 November 2013

Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Prasekolah

Tarikh: 15 November 2013
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Dewan SK Kampung Kudong

Keterangan:
Hari Anugerah Cemerlang diadakan sebagai satu tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang telah menaikkan nama sekolah. Manakala Majlis Graduasi Prasekolah adalah majlis penyampaian sijil tamat prasekolah kepada semua murid prasekolah.

En. Mesran bin Lamoon, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Rendah telah dijemput bagi merasmikan majlis ini. Turut hadir adalah En. Nordin bin Gadih selaku YdP PIBG dan juga En. Asoi bin Lim Tian Chi selaku Batin Kg Kudong.

Rakaman bergambar:













09 November 2013

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan 2013

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Kampung Kudong atas penganugerahan naib johan bagi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan Tahun 2013. Semoga SK Kampung Kudong akan terus cemerlang lagi pada masa hadapan.




Karnival Olahraga Dan Balapan Bawah 11 Tahun Sekolah Kurang Murid Negeri Johor

Tarikh: 9 November 2013
Tempat: Stadium Muar

Keterangan:
SK Kampung Kudong telah menghantar satu kontinjen bagi menyertai Karnival Olahraga dan Balapan Bawah 11 Tahun Sekolah Kurang Murid (SKM) Negeri Johor. Karnival ini berlangsung di Stadium Muar. Setelah tamat pertandingan, SK Kampung Kudong berjaya mencapai keputusan yang membanggakan. Tahniah kepada semua peserta.

Rakaman bergambar:


31 Oktober 2013

Lawatan Penanda Aras SK Pemanis 2

Tarikh: 31 Oktober 2013
Masa: 2:00 petang

Keterangan:
SK Kampung Kudong telah dilawati oleh guru-guru dari SK Pemanis 2, Segamat. Lawatan ini bertujuan untuk melihat keistimewaan SK Kampung Kudong seterusnya berkongsi idea dan pendapat tentang pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Rakaman bergambar:








Asrama Terbilang Kebangsaan (Asrama Sekolah Rendah)

Asrama Seri Gemilang, SK Kampung Kudong telah dinobatkan sebagai Asrama Terbilang Kebangsaan kategori asrama sekolah rendah. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu merealisasikan impian ini.



30 Oktober 2013

Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Asrama Seri Gemilang

Tarikh: 30 Oktober 2013
Tempat: Hotel Katerina, Batu Pahat

Keterangan:
Sebagai penghargaan kepada warga Asrama Seri Gemilang, satu majlis makan malam telah dianjurkan bertempat di Hotel Katerina, Batu Pahat. Sebelum tiba ke hotel, murid-murid telah dibawa bermain boling di BP Mall. Semua murid diberi peluang untuk sama-sama mencuba dan bergembira bersama rakan dan guru.

Rakaman bergambar: