30 Januari 2012

Pertandingan Badminton MSSK Chaah Bekok

Tarikh: 30 Januari 2012
Tempat: SJK(C) Chaah, Chaah, Segamat.
Masa: 8:00 pagi

Keterangan:

SK Kg Kudong telah menghantar satu pasukan badminton yang terdiri daripada 2 pasukan lelaki dan perempuan (perseorangan dan beregu). Pencapaian terbaik bagi pasukan lelaki diperoleh melalui pasangan beregu lelaki Zaidi a/l Kamal dan Aszeri Kha a/l Asoi yang berjaya layak ke peringkat separuh akhir dan mendapat tempat ketiga. Manakala bagi pasukan perempuan pula, pencapaian terbaik mereka hanya setakat layak ke peringkat suku akhir melalui beregu Ivy Nurshafeca Amynie dan Rozaliana bte Santing.

Tahniah diucapkan kepada para peserta dan juga guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu persiapan pasukan badminton sekolah

Rakaman bergambar:





 


19 Januari 2012

Persembahan Sewang Di Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Daerah Segamat 2011

Tarikh: 19 Januari 2012
Masa: 2:00 petang
Tempat: SMK Bandar Putra, Segamat, Johor.

Keterangan:
Pasukan Tarian Sewang SK Kg Kudong telah diberi penghormatan untuk mempersembahkan tarian sewang di Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Daerah Segamat 2011. Ini merupakan penampilan sulung bagi Pasukan Tarian Sewang SK Kg Kudong pada majlis besar yang dianjurkan oleh PPD Segamat. Terima kasih diucapkan kepada PPD Segamat atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami.

Rakaman Peristiwa:













17 Januari 2012

Datang Dan Pergi...

Selamat Datang diucapkan kepada 2 orang guru baru iaitu Cik Siti Asmira bte Mohd Idris dan Cik Noor Hafizah bte Ali. Warga SK Kg Kudong mengalu-alukan kehadiran guru-guru baru ini dan mengharapkan mereka dapat meneruskan kecemerlangan SK Kg Kudong di peringkat yang lebih tinggi lagi.
 Nama: Cik Siti Asmira bte Mohd Idris
Opsyen: Pendidikan Khas
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
 
Nama: Cik Noor Hafizah bte Ali
Opsyen: Pra Sekolah
IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.


Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Cik Noraini bte Mohd Ropah yang telah pergi meninggalkan SK Kg Kudong. Beliau telah berkhidmat selama hampir 2 tahun di sini. Terima kasih diucapkan atas segala pengorbanan dan keringat yang telah dicurahkan. Semoga terus berjaya di sekolah yang baru.

 Tempoh berkhidmat di SK Kg Kudong: 5 Mei 2010 - 16 Januari 2012
Jawatan: PPM Pra Sekolah