30 Jun 2013

Gotong Royong Bersama Ibu Bapa









12 Jun 2013

Kunjungan Daripada Pelajar USM - KLE University, India (Perubatan)

Tarikh: 12 Jun 2013
Masa: 10:00 pagi

Keterangan:
Seramai 4 orang pelajar Jurusan Perubatan daripada USM - KLE University (India) telah berkunjung ke SK Kampung Kudong. Objektif utama kunjungan ini adalah untuk melakukan tinjauan tentang sistem pendidikan di sekolah murid asli dan kesan serta peranan masyarakat setempat dalam pendidikan masyarakat asli.

Diharapkan perbincangan tersebut sedikit sebanyak dapat memberi input berguna kepada para pelajar ini. Terima kasih atas kunjungan ke sekolah kami.

Rakaman bergambar:

 

10 Jun 2013

Program Khidmat Masyarakat Pelajar UTM Skudai

Tarikh: 10 Jun 2013
Masa: 5:00 petang
Tempat: perkarangan sekolah

Keterangan:
Seramai kira-kira 42 orang pelajar Tahun 2 Kursus Sarjana Muda Senibina Landskap (UTM Skudai) bersama seorang pensyarah telah membuat satu program khidmat masyarakat di SK Kampung Kudong. Mereka telah menanam pokok-pokok buah-buahan dan pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah. Program ini merupakan salah satu aktiviti mereka sempena Ekspedisi Ke Taman Negara Endau Rompin. 

Terima kasih diucapkan kerana sudi berkunjung dan menyerikan sekolah kami.

Rakaman bergambar: