10 Jun 2013

Program Khidmat Masyarakat Pelajar UTM Skudai

Tarikh: 10 Jun 2013
Masa: 5:00 petang
Tempat: perkarangan sekolah

Keterangan:

Seramai kira-kira 42 orang pelajar Tahun 2 Kursus Sarjana Muda Senibina Landskap (UTM Skudai) bersama seorang pensyarah telah membuat satu program khidmat masyarakat di SK Kampung Kudong. Mereka telah menanam pokok-pokok buah-buahan dan pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah. Program ini merupakan salah satu aktiviti mereka sempena Ekspedisi Ke Taman Negara Endau Rompin. 

Terima kasih diucapkan kerana sudi berkunjung dan menyerikan sekolah kami.

Rakaman bergambar:

 
 

 






 




1 komen:

sama-sama :) terima kasih kerana sudi berkunjung dan menyumbang bakti di SK Kg Kudong

Catat Ulasan