03 Mac 2012

Program Gotong Royong Anti Denggi

Tarikh: 3 Mac 2012
Tempat: Perkarangan sekolah

Keterangan:

Satu program gotong royong telah diadakan pada Sabtu yang lalu. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah dari sebarang tempat atau perkara yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Program gotong royong bermula dengan senamrobik oleh En. Abd Halim bin Atan. Seterusnya murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan pemantauan oleh guru-guru. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan saliran yang tersumbat dengan daun-daun dan rumput-rumput, mengutip bekas yang boleh menakung air dan membersihkan kawasan yang menjadi tempat nyamuk Aedes berlindung.

Rakaman bergambar:











0 komen:

Catat Ulasan