16 Februari 2012

Mesyuarat Pengurusan Pembangunan Pendidikan Pengurusan Murid-murid Sekolah Orang Asli Dan Pribumi Negeri Johor Bil 3/12

Tarikh: 16 Februari 2012
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Kampung Kudong
Kehadiran:

En. Abd Aziz bin Haji Redwan (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Johor), Tn Hj Kamaruddin bin Mohd Tahir (Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan JPN Johor), Tn Hj Khalid bin Hashim (Penyelia Kanan, pengurusan Projek Khas Sekolah Orang Asli / Cluster Sektor Pengurusan Sekolah JPN Johor), En. Azman bin Ansar (Penyelia kelab dan Persatuan Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan JPN Johor), En Mesran bin Lamoon(Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Rendah PPD Segamat), Pegawai-pegawai PPD(R) daerah-daerah negeri Johor dan guru besar sekolah orang asli di negeri johor.


Keterangan:
SK Kampung Kudong telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pengurusan Pembangunan Pendidikan Pengurusan Murid-murid Sekolah Orang Asli Dan Pribumi Negeri Johor Bil 3/12. Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan juga guru besar-guru besar dari sekolah orang asli di negeri Johor.
Sebagai mengalu-alukan kedatangan para pelawat ke SK Kampung Kudong, mereka telah disambut dengan persembahan silat dan juga tarian sewang oleh murid-murid SK Kampung Kudong. Seterusnya mereka dibawa melawat ke asrama, kelas-kelas dan juga kawasan sekolah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada SK Kampung Kudong untuk menjadi hos kepada mesyuarat ini. Tidak lupa juga kepada pihak PPD Segamat dan juga warga SK Kampung Kudong atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. 

Rakaman bergambar:











2 komen:

Tahniah kepada semua warga SK Kg Kudong atas kejayaan menjayakan Mesyuarat berkenaan dan paling baik atas usaha tuan-tuan menguruskan SK Kg Kudong ke tahap yang amat baik. Ceria, bersih dan memuaskan hati siapa sahaja yang memandang nya.

KS SPS amat berpuas hati dengan usaha tuan-tuan. Saya harap segala usaha murni dan jasa bakti ini dapat diteruskan agar SK Kg Kudong lebih berjaya lagi di masa akan datang.

Kepada Pn Rosnah, GB SK Kg Kudong, anda hebat dalam mengurus tadbir sekolah ini
Syabas dan tahniah daripada saya

Terima kasih yg tidak terhingga diatas penghargaan dari pihak tn hj.Kehebatan itu sebenarnye datang dari kolaborasi semua warga sk kg kudung dan masyarakat setempat .Sebenarnya 'we are fun here'.Itulah rahsianya.dari PN ROSNAH.GB SK KG KUDONG.

Catat Ulasan