07 Julai 2013

Kem Motivasi & Jati Diri Murid Tahap 2 dan Ibubapa (PIBG)

Tarikh: 5 & 6 Julai 2013
Tempat: D'Rimba Bay Resort, Mersing, Johor
Penglibatan: Murid-murid Tahap 2, Ibubapa (PIBG) dan warga SK Kg Kudong

Keterangan:

Pihak pengurusan SK Kampung Kudong dengan kerjasama MREG HANC Training and Consultancy telah menganjurkan satu kem motivasi yang melibatkan ibu bapa beserta anak mereka. Tujuan utama kem motivasi ini adalah untuk memberi bimbingan dan meningkatkan tahap keyakinan diri murid dan ibu bapa dalam menghadapi cabaran dan mencapai kecemerlangan dalam semua perkara. Bermacam-macam aktiviti telah dijalankan melibatkan ibu bapa dan murid-murid seperti Leadership Game dan Jati Diri.

Diharapkan segala input yang telah diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya seterusnya memastikan objektif program ini tercapai. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Rakaman bergambar:




















0 komen:

Catat Ulasan