10 November 2011

Program Meningkatkan Tahap Kebersihan dan Kesihatan Diri Murid Orang Asli Negeri Johor

Tarikh: 9 - 10 November 2011
Tempat: SK Kg Kudong

Keterangan:
Program ini adalah kerjasama antara 3 bahagian iaitu Jabatan  Pelajaran Negeri Johor, SK Kg Kudong dan juga IPG Kampus Temenggung Ibrahim. Program bermula pada Rabu pagi dan tamat pada Khamis tengah hari. Bermacam-macam aktiviti menarik yang telah dijalankan iaitu gotong-royong membersihkan kawasan sekitar, pameran dari Klinik Pergigian Segamat, sukaneka, pertandingan karaoke, aktiviti Tiru Macam Saya dan juga pertandingan Membuat Sandwich Dengan Cara Yang Betul.

Kesemua aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan penekanan terhadap murid-murid tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan diri dalam aktiviti seharian. Diharapkan setiap peserta dapat mengapplikasikan pengetahuan yang mereka dapat sewaktu menyertai program ini ke dalam kehidupan seharian mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak JPN Johor, pensyarah-pensyarah IPG Kampus Temenggung Ibrahim yang sudi bermalam bersama-sama para peserta dan juga guru-guru dan staff SK Kg Kudong.

Rakaman Peristiwa:

1) Gotong royong bersama ibu bapa






2) Pameran daripada Klinik Pergigian Segamat



3) Program Tiru Macam Saya


4) Pertandingan Membuat Sandwich Dengan Cara Yang Betul






5) Majlis Penutup
*turut hadir - Tuan Mejar Sazali Bin Abd. Hamid (Ketua Unit Pemulihan Khas JPN Johor)














22 Oktober 2011

Penyerahan Bangunan Baru

Tarikh: 20 Oktober 2011
Masa: 12:00 Tengah hari
Tempat: Bangunan Baru SK Kg Kudong

Keterangan:
Setelah menanti hampir 3 tahun, akhirnya bangunan baru bagi SK Kg Kudong telah siap dan telah diserahkan kepada warga SK Kg Kudong. Guru Besar SK Kg Kudong, Pn Rosnah bte Yaacob secara rasminya telah menerima replika kunci daripada Tuan PPD Segamat, En. Yasiran bin Maskom sebagai simbolik penyerahan tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memastikan bangunan baru ini dapat diduduki sebelum sesi persekolahan 2012. Diharapkan dengan adanya bangunan baru ini, akan meningkatkan lago motivasi murid-murid untuk terus hadir ke sekolah.

Rakaman Peristiwa:




23 September 2011

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Tarikh: 23 September 2011
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Dewan Kg Kudong

Penerangan:

Setelah sebulan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan, pada hari ini secara rasminya Sambutan Bulan Kemerdekaan melabuhkan tirainya. Bermacam-macam aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan pada hari ini. antaranya ialah Perarakan Pasukan-pasukan Khas Mengelilingi Kampung, Pertandingan Koir, Jamuan Murid-murid dan penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah berlangsung dalam Bulan Kemerdekaan.

Rakaman Peristiwa:
 Perarakan Pasukan Khas (Pengakap, Atlet Sekolah, Pra Sekolah, Uniform Sekolah dan Pengawas Sekolah)







 Pertandingan Koir Antara Kumpulan






Majlis Penyampaian Hadiah







Pautan Video


07 September 2011

Sambutan Menjelang Syawal 2011

Tarikh: 26 Ogos 2011
Tempat: Dewan Kg Kudong

Keterangan:
-Sesi penyerahan cenderahati kepada warga sekolah
-Sesi penyerahan duit raya kepada murid-murid

Rakaman peristiwa