10 November 2011

Program Meningkatkan Tahap Kebersihan dan Kesihatan Diri Murid Orang Asli Negeri Johor

Tarikh: 9 - 10 November 2011
Tempat: SK Kg Kudong

Keterangan:
Program ini adalah kerjasama antara 3 bahagian iaitu Jabatan  Pelajaran Negeri Johor, SK Kg Kudong dan juga IPG Kampus Temenggung Ibrahim. Program bermula pada Rabu pagi dan tamat pada Khamis tengah hari. Bermacam-macam aktiviti menarik yang telah dijalankan iaitu gotong-royong membersihkan kawasan sekitar, pameran dari Klinik Pergigian Segamat, sukaneka, pertandingan karaoke, aktiviti Tiru Macam Saya dan juga pertandingan Membuat Sandwich Dengan Cara Yang Betul.

Kesemua aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan penekanan terhadap murid-murid tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan diri dalam aktiviti seharian. Diharapkan setiap peserta dapat mengapplikasikan pengetahuan yang mereka dapat sewaktu menyertai program ini ke dalam kehidupan seharian mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak JPN Johor, pensyarah-pensyarah IPG Kampus Temenggung Ibrahim yang sudi bermalam bersama-sama para peserta dan juga guru-guru dan staff SK Kg Kudong.

Rakaman Peristiwa:

1) Gotong royong bersama ibu bapa







2) Pameran daripada Klinik Pergigian Segamat



3) Program Tiru Macam Saya


4) Pertandingan Membuat Sandwich Dengan Cara Yang Betul






5) Majlis Penutup
*turut hadir - Tuan Mejar Sazali Bin Abd. Hamid (Ketua Unit Pemulihan Khas JPN Johor)














0 komen:

Catat Ulasan