29 Ogos 2013

Lawatan Penanda Aras Ke Prasekolah SK Kg Kudong

Tarikh: 29 Ogos 2013
Masa: 10:00 pagi

Keterangan :

Satu rombongan peserta Bengkel Kerja Pemurnian Modul Pengoperasian Prasekolah Orang Asli Di Bawah Inisiatif Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berkunjung ke Prasekolah SK Kg Kudong. Lawatan ini adalah sebagai satu lawatan penanda aras sempena  bengkel yang dianjurkan KPM di Johor Bahru. Rombongan ini diketuai oleh Pn. Noor Akmar bte Jais (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia). Antara yang turut hadir dalam rombongan ini ialah Pn. Fauziah bte Hussain (Pensyarah Kanan IPG Kampus Sultan Abd Halim), ketua unit - ketua unit prasekolah jabatan pelajaran negeri seluruh Malaysia, dan juga wakil pejabat pelajaran daerah. Lawatan ini bertujuan untuk membuat tinjauan dan berkongsi idea dan pandangan serta saranan berkaitan dengan prasekolah. Terima kasih diucapkan kerana atas pengiktirafan yang diberikan kepada Prasekolah SK Kg Kudong dan semoga segala yang input yang diperoleh akan dapat digunakan untuk mencemerlangkan anak bangsa.

Rakaman bergambar:











 





 

0 komen:

Catat Ulasan