18 Februari 2013

Lawatan Penanda Aras Ke Wichianchom School, Songkhla, Thailand

Tarikh: 12 Februari 2013 - 16 Februari 2013

Turut serta: Tn Hj Khalid bin Hashim (JPN Johor), En. Mohd Razali bin Talib (PPD Segamat), En. Hassan bin Yunus (PPD Segamat), En. Nor Faizzi bin Sulaiman (JAKOA JB), En. Mohd Yazid bin Beram (JAKOA JB), Pn. Suzilla bte Baki (JAKOA Segamat), Mohd Rizam bin Roomali (JAKOA Segamat)

Keterangan:
Lawatan penanda aras ini melibatkan warga SK Kampung Kudong bersama-sama murid-murid tahun 6 2012 dan ibu bapa mereka serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat dan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Program ini bertujuan sebagai satu wadah perkongsian ilmu dan pengetahuan tentang pendidikan antara dua negara di samping memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mengharumkan nama sekolah.

Berikut adalah tentatif program sepanjang beberapa hari kami di sana.


Ketibaan kami disambut meriah oleh Mr Silapachai Polkla, Pengarah Wichianchom School bersama-sama barisan guru dan murid-murid yang lengkap beruniform pengakap. Kami dibawa ke bilik persidangan untuk sesi taklimat dan suai kenal. Di sini kami telah diberi taklimat dan penerangan tentang pengelolaan dan pentadbiran sekolah ini yang telah berjaya menghasilkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Secara ringkasnya, sekolah ini merupakan sekolah harian yang ternama di daerah Songkhla. Ia mempunyai seramai 150 orang guru dan 2000 orang murid dari pra sekolah hingga tahun 6. Sekolah ini menerima pembiayaan daripada syarikat korporat untuk melakukan P&P menggunakan iPad. Selain itu, sekolah ini turut dilengkapi dengan kemudahan talian internet  tanpa wayar (wireless) dan juga broadcasting television  di setiap kelas. Sebarang pesanan yang ingin disampaikan kepada murid ditayangkan terus ke dalam kelas melalui televisyen daripada bilik siar raya.



Kami dibawa melawat persekitaran sekolah dan melihat sendiri bagaimana P&P berjalan di sekolah ini. Persekitaran sekolah ini dihias dengan cantik oleh guru-guru dan murid-murid. Kawasan sekolah dihiasi dengan gambar murid-murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Salah satu keunikan di sini ialah beberapa orang guru dari luar negara diambil untuk bekerja sebagai tenaga pengajar Bahasa Inggeris. Mereka akan melaksanakan satu program khas yang dipanggil English Programme untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris di kalangan murid.



Berbagai-bagai ilmu telah dapat kami kongsi dan timba selama 2 jam di Wichianchom School. Kami berasa sungguh terharu atas sambutan yang sangat meriah dan mesra oleh mereka. Terima kasih diucapkan kepada warga Wichianchom School atas penerimaan mereka itu.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama memastikan program ini dapat berlangsung dengan jayanya, terutama sekali Jabatan Kemajuan Orang Asli yang telah memberikan dana untuk melaksanakan program ini, Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang membantu dari segi kelulusan, pihak Konsul Jeneral Malaysia ke Songkhla atas bantuan yang diberikan dan juga pihak POTO Travel yang banyak membantu sepanjang kami berada di Thailand. 

Rakaman Bergambar:

Lawatan Penanda Aras Ke Wichianchom School, Songkhla, Thailand





















Menjamu Selera di Thailand

 








Penginapan Kami - Hotel Hansa Venetian





Bersiar-siar di Samila Beach



Melawat Thai House Honey Had Yai


 

Membeli cenderahati di Nora Plaza


Membeli produk berasaskan kacang di Ranu Kohyo


Bersiar-siar di Lee Garden Night Market


Melawat Khao Nam Khang Historical Tunnel







Pemandu pelancong yang sentiasa bersedia membantu


0 komen:

Catat Ulasan