29 September 2012

Pertandingan Bola Baling 1M1S Daerah Segamat

Tarikh: 29 September 2012
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Padang SK Datuk Wan Idris, Segamat.

Keterangan:
Satu pertandingan bola baling telah dianjurkan oleh Unit Sukan PPD Segamat pada Sabtu yang lalu. Pertandingan ini adalah kesinambungan kepada Program 1Murid 1Sukan yang dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. SK Kg Kudong telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan.
Keputusannya, pasukan bola baling perempuan telah mencatat keputusan yang membanggakan dengan 2 menang dan 1 kalah dan layak ke peringkat suku akhir. Namun terpaksa akur dengan kekuatan lawan. Manakala pasukan bola baling lelaki juga mencatatkan keputusan yang membanggakan dengan menewaskan SJKC Jabi dan SK Balai Badang.

Gambar:







28 September 2012

Pertandingan Badminton 1M1S Daerah Segamat

Tarikh: 27 September 2012
Tempat: SJKC Jagoh, Segamat
Masa: 8:00 pagi

Keterangan:
SK Kg Kudong telah menghantar dua pasukan badminton; lelaki dan perempuan ke Pertandingan Badminton 1Murid 1Sukan Daerah Segamat. Keputusannya beregu lelaki dan perempuan telah mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan.

Gambar:


25 September 2012

Kejohanan Sukan dan Balapan Kali Ke-4

Tarikh: 25 September 2012
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Padang Kg. Kudong
Turut hadir: En. Sulaiman bin Baharom (Penyelia Kanan Sukan PPD Segamat), En. Aznawi b. Mohd Sarmin (wakil YPJ Plantation RPS Kg Kudong), En. Asoi bin Lim Tian Chi (Batin Kg Kudong), En. Nordin bin Gadeh (YdP PIBG) dan ibu bapa murid.

Keterangan:
7:30 pagi : Pendaftaran peserta di SK Kg Kudong
                 Taklimat ringkas
                 Bergerak ke Padang Kg Kudong
             

 8:00 pagi : Ucapan dan perasmian
                 Acara murid-murid bermula

 Ucapan daripada Pn Rosnah bte Yaacob ( Guru Besar SK Kg Kudong)

Ucapan daripada En. Aznawi b. Mohd Sarmin (Wakil YPJ Plantation RPS Kg Kudong)

 Ucapan daripada En. Asoi (Batin Kg Kudong)






10:00 pagi : Rehat

10:30 pagi : Acara murid-murid diteruskan
                   Acara ibubapa (makan epal dan susun straw)
                   Acara pegawai (merejam lembing dan lontar peluru)





12:30 tengah hari : Penyampaian hadiah
                             Ucapan perasmian penutup
                             Bersurai
 Olahragawan L10 - Owen Farkil b. Amran

Olahragawati P10 - Rafika bte Isa

Olahragawan L12 - Shamsul b. Sechek

Olahragawati P12 - Ivy Nurshafeca Amynie

Cenderahati buat En. Sulaiman daripada SK Kg Kudong





22 September 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Tarikh: 19 September 2012
Masa: 8:00 pagi

Keterangan:
Pelbagai acara telah dirancang oleh Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan SK Kg Kudong untuk dijayakan oleh murid-murid pada hari tersebut. Antara aktivit-aktiviti tersebut ialah Pertandingan Sudut Kemerdekaan, Pertandingan Koir dan Pertandingan Melukis dan Mewarna. Diharapkan objektif utama tercapai dan murid-murid akan mempunyai rasa kecintaan yang lebih mendalam terhadap tanah air mereka sendiri.

Rakaman bergambar:






10 September 2012

Majlis Pemurnian Ilmu - Amanat Terakhir Sebelum UPSR

Tarikh: 10 September 2012
Masa: 1:05 petang
Tempat: Makmal Komputer

Keterangan:
Sempena Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan dijalankan pada esok hari, satu majlis ringkas telah diadakan yang melibatkan murid tahun 6 dan juga semua guru SK Kg Kudong. Majlis ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para guru untuk menyampaikan amanat terakhir sebelum murid menduduki peperiksaan dan juga memberi peluang kepada murid untuk memohon ampun dan maaf selama mereka belajar dari tahun 1 hingga tahun 6. Turut dibaca adalah amanat dan pesanan daripada Tuan Pengarah JPN Johor dan juga emel daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Doa dan harapan warga sekolah sentiasa mengiringi kalian semua. InsyaAllah berjaya. Lakukan yang terbaik.

Gambar: