29 September 2012

Pertandingan Bola Baling 1M1S Daerah Segamat

Tarikh: 29 September 2012
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Padang SK Datuk Wan Idris, Segamat.

Keterangan:
Satu pertandingan bola baling telah dianjurkan oleh Unit Sukan PPD Segamat pada Sabtu yang lalu. Pertandingan ini adalah kesinambungan kepada Program 1Murid 1Sukan yang dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. SK Kg Kudong telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan.
Keputusannya, pasukan bola baling perempuan telah mencatat keputusan yang membanggakan dengan 2 menang dan 1 kalah dan layak ke peringkat suku akhir. Namun terpaksa akur dengan kekuatan lawan. Manakala pasukan bola baling lelaki juga mencatatkan keputusan yang membanggakan dengan menewaskan SJKC Jabi dan SK Balai Badang.

Gambar:







3 komen:

Pasukan yang hebat cuma goal keeper je yang kurang tinggi.

Tahniah ke atas perkembangan SKK dalam memartabtkan koko sekolah

Catat Ulasan