17 Jun 2012

Penggambaran Komuniti 1 Malaysia Mukim Bekok

Tarikh: 16 Jun 2012
Masa: 11 pagi
Tempat: SK Kg Kudong

Murid-murid SK Kg Kudong telah terpilih untuk mempersembahkan silat dan tarian sewang sempena rakaman Program Komuniti 1 Malaysia yang akan disiarkan pada 23 Julai 2012, pukul 9:30 malam di RTM TV 1. Selain itu, sesi pembelajaran kelas dewasa (KEDAP) juga sempat dirakamkan krew RTM. Antara yang akan dipaparkan dalam episod ini ialah aktiviti-aktiviti dan tempat yang menarik di Mukim Bekok seperti Taman Negara Selai dan Hutan Lipur Sungai Bantang. Program Komuniti 1Malaysia ini dihoskan oleh Sheera Samshudin  manakala Raja Hasmariani bte Raja Ismail selaku penerbit. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan Johor dan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia Mukim Bekok kerana memberi peluang kepada kami.














3 komen:

Terima kasih kembali...teruja dan bangga sgt dengan kesungguhan cikgu-cikgu kat sana. rasa nak pergi lagi buat program khas pasal sekolah dan masyarakat orang asli kat sana. InsyaAllah kalau ada peluang dan kesempatan.Terima kasih banyak2 atas kerjasama u alls...miss u alls. ikhlas: Raja Maria

Gambar sheera pun ada..tq...sheera

:) Sama-sama. Kehadiran sentiasa dialu-alukan.
(AF)

Catat Ulasan