22 November 2011

Tahniah!!! 100 % Lulus UPSR 2011

Tahniah diucapkan kepada murid-murid Tahun 6 atas keputusan mencapai 100 % lulus UPSR 2011. Tidak lupa juga kepada guru-guru Tahun 6 dan juga semua warga sekolah yang telah sama-sama menyumbang kepada keputusan cemerlang ini. Tahniah sekali lagi!!!

Hari Anugerah Cemerlang dan Serahan Wang Bantuan Persekolahan

Tarikh: 18 November 2011
Tempat: Dewan SK Kg Kudong
Masa: 8:00 pagi
Tetamu jemputan: Tn. Hj. Rosdin bin Mahamud (Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labis), Tn. Hj. Sazali bin Ahmad (PPPD Sains & Matematik) dan Batin-batin.

Keterangan:
Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada keputusan cemerlang murid-murid pada Peperiksaan Akhir Tahun dan pencapaian sepanjang tahun dalam bidang kokurikulum. Aturcara majlis ini dimulakan dengan ucapan dari Tuan Guru Besar, diikuti ucapan Yang di-Pertua PIBG, ucapan wakil PPD Segamat dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tn Hj Rosdin bin Mahamud.

Berikut adalah aturcara seterusnya:
1) Majlis Graduasi Prasekolah
2) Anugerah Akademik Mengikut Kelas
3) Anugerah Kedatangan Terbaik Mengikut Kelas
4) Penyampaian Sijil Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
5) Penyampaian Sijil Ketua Kelas dan Sijil Penolong Ketua Kelas
6) Anugerah Khas Kokurikulum
7) Anugerah Murid Terbaik UPSR 2011 & Tokoh Murid 2011
8) Anugerah Murid Harapan 2012

Majlis diteruskan dengan penyampaian Wang Bantuan Persekolahan RM100 kepada ibubapa murid-murid. Wang bantuan tersebut disampaikan oleh Tn Hj Sazali bin Ahmad dengan diiringi oleh Pn Rosnah bte Yaacob.

Rakaman Peristiwa:

















21 November 2011

Jamuan Makan Malam Asrama Seri Gemilang 2011

Tarikh: 17 November 2011
Masa: 7:30 malam - 11:00 malam
Tempat: Hotel Prime City, Kluang, Johor

Keterangan:
Majlis makan malam ini sebagai penghargaan kepada penghuni Asrama Seri Gemilang bagi sesi 2011 dan juga sebagai penutup sesi 2011. Selain daripada acara utama iaitu majlis makan malam, turut diadakan cabutan bertuah bagi guru-guru dan juga murid-murid.

Rakaman peristiwa:















14 November 2011

Perkhemahan Pengakap Di Tasik Chini

Tarikh: 11 - 12 November 2011
Tempat: Campsite, Tasik Chini, Pahang

Keterangan:
Unit uniform Pengakap yang dipimpin oleh En. Mohd Zazali bin Raman telah berkhemah selama 2 hari 1 malam di Tasik Chini. Seramai 21 orang ahli Pengakap terlibat dalam perkhemahan ini. Berbagai-baai aktiviti telah dijalankan seperti boating, merentas sungai dan barbeku.

Rakaman Peristiwa:

 sebelum bertolak



di Tasik Chini






Boating
















Barbeku / malam kebudayaan / karaoke








Lake Crossing / Jungle Trekking









Majlis penutup



Rakaman Video Persembahan Peserta: