25 Jun 2011

Hari Terbuka

Tarikh: 24 Jun 2011

Keterangan:
Hari Terbuka SK Kg Kudong merupakan satu hari istimewa bagi guru-guru dan ibu bapa murid untuk sama-sama duduk berbincang bagi mencari medium penyelesaian kepada masalah pembelajaran murid-murid. Murid perlu diwakili ibu bapa ataupun penjaga ketika menerima buku laporan kemajuan murid.

Rakaman Peristiwa:





24 Jun 2011

Kunjungan Pegawai JPN Johor

Tarikh: 20 Jun 2011

Keterangan:
SK Kg Kudong telah dilawati oleh 2 orang pegawai Jabatan Pelajaran Johor; En Zulkapli bin Ayob dan Pn Hjh Maimunah bte Samat serta FasiLINUS Segamat. Mereka bertujuan untuk mengetahui tentang permasalahan dan isu-isu berbangkit berkaitan dengan murid-murid di SK Kg Kudong terutama sekali murid-murid Tahun 1 dan 2.

Rakaman peristiwa:





20 Jun 2011

Tarian Sewang Sempena Kembara Mahkota Johor

Tarikh: 18 Jun 2011

Keterangan:
Pasukan Tarian Sewang SK Kg Kudong telah diberi penghormatan untuk mempersembahkan tarian sewang di semasa Program Kembara Mahkota Johor 2011. Pasukan ini dipimpin oleh Cik Nurhafiz Zubaidah dan dibantu oleh Cik Nor Azura. Mereka telah mempersembahkan 2 jenis tarian sewang dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir.

Rakaman peristiwa:





20 Mei 2011

Karaoke Hari Guru

Antara murid yang telah menyertai pertandingan karaoke


Sambutan Hari Guru 2011

Tarikh: 16 Mei 2011
Tempat: SK Kg Kudong
Penglibatan: Semua guru, semua murid dan warga sekolah

Pada 16 Mei 2011 SK Kg Kudong telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pelbagai acara telah dijalankan seperti Pertandingan Karaoke dan Pertandingan Menyumpit.
Atur cara bermula seawal jam 7.30 pagi dan dimulakan dengan pembacaan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Jabatan Pelajaran Johor.
Seterusnya sukaneka mengambil tempat. Acara dimulakan dengan Pertandingan Kerusi Berirama mengikut kelas iaitu pra sekolah, tahun 1 dan 2, dan tahun 3. Manakala bagi murid tahap 2, mereka akan berpasangan dengan guru untuk menyumpit belon dalam Pertandingan Menyumpit.
Acara seterusnya ialah Pertandingan Karaoke Antara Murid. Seramai 5 orang murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Acara penutup merupakan acara bertukar-tukar hadiah sesama guru dan juga jamuan. Sambutan Hari Guru Peringkat SK Kg Kudong tamat pada pukul 2 petang.

Sepintas lalu: