08 Mei 2010

Aktiviti Komuniti : Sehari Bersama Masyarakat Kg. Kudong

Tarikh: 8 Mei 2010
Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Kampung Kudong, Bekok.
Anjuran: PPD Segamat
Tuan Rumah: SK Kg Kudong

Keterangan:

       1) 8   pagi -
  • Sesi pameran dan khidmat kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Bekok dan Klinik Pergigian Segamat.



   2) 9   pagi -
  • Demonstrasi mengawal api yang berpunca daripada kebocoran gas LPG di rumah oleh wakil Jabatan Bomba Labis. 



3) 10 pagi -
  • Ketibaan Tuan Pegawai PPD Segamat- En. Yasiran bin Maskom, Ketua Balai Polis Bekok- En. Zamani bin Yusoff, Tok Batin  Kampung Kudong- Batin Asoi, Wakil JHEO Segamat- Pn. Suzilla bte Baki, Wakil JAKIM Segamat- En. Razif dan juga Ketua Unit pendidikan Islam PPD Segamat Ust. Kamaruddin bin Ibrahim.
  • Ketibaan tetamu jemputan disambut oleh persembahan silat oleh pasukan silat SK Kg Kudong.


  4) 10.30 pagi -
  • Slideshow  profil Sk Kg Kudong
  • Persembahan Sewang oleh murid-murid SK Kg Kudong
  • Ucapan Guru besar SK Kg Kudong, Pn Rosnah bte Yaacob.
  • Ucapan perasmian oleh Tn Pegawai PPD Segamat, En. Yasiran bin Maskom.
  • Penyampaian cenderamata
  • Ceramah oleh penceramah jemputan dari Negeri Sembilan, En. Jumiat bin Dajum

07 Mei 2010

Selamat Datang : Cik Noraini binti Mohd Ropah

Jawatan PPM di SK Kg Kudong telah diisi oleh Cik Noraini bte Mohd Ropah. Beliau telah mula berkhidmat pada 5 Mei 2010 yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas dengan jayanya sebagai PPM Pra Sekolah yang baru menggantikan Puan Juliana.


Selamat Tinggal : Pn. Juliana binti Mat Nanyan

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Puan Juliana bte Mat Nanyan yang telah berkhidmat di SK Kg Kudong sebagai PPM Pra Sekolah.
Puan Juliana bte Mat Nanyan telah berpindah ke SJK(C) Chian Bee, Kluang, Johor berkuat kuasa pada April yang lalu.

26 April 2010

Aktiviti Sekolah : Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah

Tarikh    : 26 April 2010
Masa     : 7.45 Pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan Sekolah

Keterangan :

Satu majlis Penyerahan Watikah kepada para pengawas sekolah telah diadakan. Seramai 10 orang pengawas dari Tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menerima watikah pelantikan mereka. Selain itu, mereka juga telah menerima vest pengawas yang baru. Majlis ini disempurnakan oleh Guru Besar SK Kg Kudong, Puan Rosnah bte Yaacob. Beliau sendiri telah menyampaikan watikah kepada mereka, seterusnya menyarungkan vest pengawas yang baru.



20 April 2010

Aktiviti Sekolah : Kem Kepimpinan & Motivasi Pengawas, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Tarikh: 16 hingga 17 April 2010
Tempat: SK Kg. Kudong
Anjuran: Unit Pengawas dan Disiplin
Bil. peserta: 20 orang
Tema: Pelajar Proaktif Pemangkin Kecemerlangan

Di atas inisiatif untuk melengkapkan pemimpin-pemimpin kecil SK Kg Kudong dengan ilmu kepimpinan, satu kem kepimpinan dan motivasi telah dirangka dan dijayakan pada 16 dan 17 April yang lalu. Kem ini melibatkan 30 orang peserta yang dipilih dari 119 orang murid-murid. Mereka yang terpilih adalah dari pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, ketua dan penolong ketua kelas serta exco asrama.

Pelbagai program telah disusun bersesuaian dengan tema bagi kem ini iaitu Pelajar Proaktif Pemangkin Kecemerlangan. Antaranya ialah ceramah kepimpinan dan tayangan video berkaitan dengan kepimpinan. Acara kemuncak bagi kem ini ialah Majlis Penutup dan penyampaian Sijil kepada para peserta. Majlis penutup ini diserikan dengan kehadiran wakil PPD Segamat, En. Ramzul bin Mohamad dan juga En. Nordin bin Gadeh, YDP PIBG SK Kg Kudong.