07 April 2012

Kem Kepimpinan dan Motivasi

Tarikh: 6 April 2012 - 7 April 2012
Tempat: SK Kampung Kudong

Keterangan:
Kem Kepimpinan dan Motivasi merupakan satu aktiviti yang melibatkan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan juga exco asrama. Program ini bertujuan untuk memberi input dan amali tentang cara melaksanakan tanggungjawab di samping membina personaliti yang positif dalam diri murid. Program yang menjadi acara tahunan bagi para pemimpin kecil SK Kg Kudong ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam dengan pelbagai pengisian yang menarik.

Kem kepimpinan dan Motivasi ini telah diserikan dengan kehadiran Cikgu Siti Zahirah bte A.Razak yang turut serta sebagai fasilitator walaupun telah berpindah pada 2 April 2012.

Rakaman bergambar:

Hari Pertama : Pendaftaran dan 'Ice Breaking'




Hari Pertama: Treasure Hunt




Hari Pertama: Ceramah Motivasi oleh En.Rashid Ka - Presiden Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia







 Hari Pertama: LDK 1 - Pembinaan Identiti Kumpulan




Hari Kedua: Senamrobik



Hari Kedua: Kepimpinan dan Keyakinan








Hari Kedua: Majlis Perasmian Penutup - Tn Hj Anuar bin Hashim (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Segamat)




Cikgu Siti Zahirah - Selamanya Di Ingatan...

Tarikh: 6 April 2012
Tempat: Dewan SK Kg Kudong
Masa: 12:00 tengah hari

Keterangan:


Setelah hampir 5 tahun mencurahkan jasa kepada anak-anak SK Kg Kudong, akhirnya pada 2 April 2012 secara rasminya beliau telah berpindah keluar ke sekolah baru. Beliau telah ditugaskan untuk mendidik anak-anak di SK Ladang Pendas, Johor Bahru. Diharapkan beliau terus maju dan berjaya dalam bidang pendidikan dan segala yang diceburinya.Semoga kenangan di SK Kampung Kudong terus segar dalam ingatan.

Selamat Maju Jaya


Tempoh berkhidmat di SK Kg Kudong : 3 May 2007 - 2 April 2012


Hari terakhir di SK Kampung Kudong:

 






05 April 2012

Sambutan Hari Lahir Penghuni Asrama

Tarikh: 5 April 2012
Masa: 8:00 Malam
Tempat: Dewan SK Kg Kudong

Keterangan:
Sambutan Hari Lahir Penghuni Asrama Bagi Bulan 1-4 telah diadakan pada 5 April yang lalu. Sambutan ini diadakan untuk memperingati dan menghargai mereka yang menyambut hari lahir. Selamat Hari Lahir diucapkan kepada mereka yang berkenaan.

Rakaman peristiwa:








02 April 2012

Jalinan mesra - SK Bukit Lanjan, Selangor.

Tarikh: 30 Mac 2012
Tempat: SK Kampung Kudong

Keterangan:

SK Bukit Lanjan merupakan salah satu sekolah orang asli yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor. Pada petang 30 Mac 2012, guru-guru dari sekolah tersebut telah datang ke SK Kampung Kudong dalam satu kunjungan khas untuk berkongsi input tentang pentadbiran seterusnya mengeratkan hubungan antara dua buah sekolah orang asli. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara pengisiannya adalah sesi beramah mesra dengan tenaga pendidik kedua-dua sekolah, melawat kampung dan juga berkongsi pengalaman dan input tentang pengurusan murid.

Rakaman peristiwa:











Penyampaian Watikah Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber

Tarikh: 26 Mac 2012
Tempat: Dewan Sk Kampung Kudong
Masa: 8:00 pagi

Keterangan:
Pada Isnin, 26 Mac 2012 secara rasminya para pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah telah dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Ini teah dilafazkan melalui ikrar yg dibaca oleh mereka sewaktu majlis tersebut. Ketua pengawas bagi sesi 2012 ialah Aina Nabila bte Yusoff. Diharapkan para pemimpin kecil ini akan dapat membantu guru mempertingkatkan mutu disiplin di kalangan murid-murid.

Rakaman peristiwa: