17 Januari 2012

Datang Dan Pergi...

Selamat Datang diucapkan kepada 2 orang guru baru iaitu Cik Siti Asmira bte Mohd Idris dan Cik Noor Hafizah bte Ali. Warga SK Kg Kudong mengalu-alukan kehadiran guru-guru baru ini dan mengharapkan mereka dapat meneruskan kecemerlangan SK Kg Kudong di peringkat yang lebih tinggi lagi.
 Nama: Cik Siti Asmira bte Mohd Idris
Opsyen: Pendidikan Khas
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
 
Nama: Cik Noor Hafizah bte Ali
Opsyen: Pra Sekolah
IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.


Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Cik Noraini bte Mohd Ropah yang telah pergi meninggalkan SK Kg Kudong. Beliau telah berkhidmat selama hampir 2 tahun di sini. Terima kasih diucapkan atas segala pengorbanan dan keringat yang telah dicurahkan. Semoga terus berjaya di sekolah yang baru.

 Tempoh berkhidmat di SK Kg Kudong: 5 Mei 2010 - 16 Januari 2012
Jawatan: PPM Pra Sekolah

12 Januari 2012

Ceramah Motivasi Oleh Dr. Nasharuddin bin Idris

Tarikh: 12 Januari 2012
Masa: 2:00 petang
Tempat: Dewan Serbaguna SK Kg Kudong

Keterangan:

Dr Nasharuddin bin Idris merupakan seorang penceramah motivasi dan pakar runding berkaitan kecerdasan minda. Tujuan beliau datang ke SK Kg Kudong adalah untuk mempromosikan produk berkaitan kecerdasan minda dan seterusnya memberi ceramah motivasi kepada warga SK Kg Kudong dan juga masyarakat sekitar.
Beliau telah berkongsi tips-tips penjagaan diri dan bagaimana memupuk minda yang cerdas.


Rakaman peristiwa:







09 Januari 2012

Taklimat Tahun 1 2012

Tarikh: 9 Januari 2012
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Kantin SK Kg Kudong

Keterangan:
Salah satu atur cara dalam Program Transisi Tahun 1 ialah taklimat kepada ibu bapa murid tentang perjalanan pelajaran dan aktiviti murid di sekolah. Ibu bapa murid telah diberi taklimat tentang subjek-subjek yang akan dipelajari oleh anak mereka dan juga dasar-dasar kerajaan yang terlibat (LINUS dan KSSR). Taklimat disampaikan oleh Penyelaras LINUS, Penyelaras KSSR dan juga guru-guru bagi setiap subjek tersebut.

Rakaman peristiwa:




 


  




07 Januari 2012

Penghargaan Kepada SK Kampung Kudong