22 April 2012

Larian Merentas Desa

Tarikh: 21 April 2012
Masa: 8:00 pagi

Keterangan:
Larian Merentas Desa merupakan aktiviti pertama bagi rangkaian aktiviti-aktiviti untuk Kejohanan Sukan Tahunan SK Kg Kudong 2012. Pemenang bagi tempat pertama hingga tempat keenam akan menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Sukaneka turut diadakan untuk murid prasekolah.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada para guru, staff sekolah dan juga murid-murid yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakannya.

Rakaman Bergambar:

















Lesson Study LINUS

Tarikh: 19 April 2012
Tempat: SK Kampung Kudong

Keterangan:


Lesson Study (or kenkyu jugyo) is a teaching improvement process that has origins in Japanese elementary education, where it is a widespread professional development practice. Working in a small group, teachers collaborate with one another, meeting to discuss learning goals, to plan an actual classroom lesson (called a "research lesson"), to observe how it works in practice, and then to revise and report on the results so that other teachers can benefit from it.
                    (Dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Lesson_study)

FasiLINUS PPD Segamat telah menganjurkan satu program yang dinamakan Program Lesson Study. SK Kampung Kudong telah diberi kepercayaan untuk menjadi ketua dan hos bagi kumpulan 7. Dua orang guru LINUS yang mengajar Tahun 2 akan mengajar dan diperhatikan oleh fasiLINUS, Guru Cemerlang Matematik dan Bahasa Melayu serta guru-guru LINUS yang menjadi ahli kumpulan tersebut.

Berikut adalah perjalanan program tersebut:
8:00 pagi                 -             Pendaftaran
8:30 pagi                 -             P&P Literasi
9:30 pagi                 -             Sesi refleksi
10:00 pagi               -             Rehat
11:00 pagi               -             P&P Numerasi
12:30 tengah hari     -             Sesi refleksi

Tahniah diucapkan kepada guru yang terlibat dan terima kasih kepada FasiLINUS dan Guru Cemerlang serta guru-guru LINUS yang telah hadir.

Rakaman peristiwa:













07 April 2012

Kem Kepimpinan dan Motivasi

Tarikh: 6 April 2012 - 7 April 2012
Tempat: SK Kampung Kudong

Keterangan:
Kem Kepimpinan dan Motivasi merupakan satu aktiviti yang melibatkan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan juga exco asrama. Program ini bertujuan untuk memberi input dan amali tentang cara melaksanakan tanggungjawab di samping membina personaliti yang positif dalam diri murid. Program yang menjadi acara tahunan bagi para pemimpin kecil SK Kg Kudong ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam dengan pelbagai pengisian yang menarik.

Kem kepimpinan dan Motivasi ini telah diserikan dengan kehadiran Cikgu Siti Zahirah bte A.Razak yang turut serta sebagai fasilitator walaupun telah berpindah pada 2 April 2012.

Rakaman bergambar:

Hari Pertama : Pendaftaran dan 'Ice Breaking'




Hari Pertama: Treasure Hunt




Hari Pertama: Ceramah Motivasi oleh En.Rashid Ka - Presiden Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia







 Hari Pertama: LDK 1 - Pembinaan Identiti Kumpulan




Hari Kedua: Senamrobik



Hari Kedua: Kepimpinan dan Keyakinan








Hari Kedua: Majlis Perasmian Penutup - Tn Hj Anuar bin Hashim (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Segamat)