19 Ogos 2011

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

Tarikh: 16 Ogos 2011
Tempat: SK Kg Kudong
Masa: 8:00 Pagi

Keterangan:
Pada 16 Ogos 2011 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan bagi Tahun 2011. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kampung Kudong. Pelbagai program telah dijalankan antaranya deklamasi sajak, nyanyian lagu patriotik oleh pasukan koir dan penyerahan Jalur Gemilang kepada setiap Ketua Kelas.

Antara objektif sambutan bulan kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotik dalam diri warga SK Kg Kudong dan juga menanam sifat cintakan tanah air ini.

Rakaman peristiwa:
(Gambar dan video)











(video)