20 Mei 2011

Karaoke Hari Guru

Antara murid yang telah menyertai pertandingan karaoke


Sambutan Hari Guru 2011

Tarikh: 16 Mei 2011
Tempat: SK Kg Kudong
Penglibatan: Semua guru, semua murid dan warga sekolah

Pada 16 Mei 2011 SK Kg Kudong telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pelbagai acara telah dijalankan seperti Pertandingan Karaoke dan Pertandingan Menyumpit.
Atur cara bermula seawal jam 7.30 pagi dan dimulakan dengan pembacaan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Jabatan Pelajaran Johor.
Seterusnya sukaneka mengambil tempat. Acara dimulakan dengan Pertandingan Kerusi Berirama mengikut kelas iaitu pra sekolah, tahun 1 dan 2, dan tahun 3. Manakala bagi murid tahap 2, mereka akan berpasangan dengan guru untuk menyumpit belon dalam Pertandingan Menyumpit.
Acara seterusnya ialah Pertandingan Karaoke Antara Murid. Seramai 5 orang murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Acara penutup merupakan acara bertukar-tukar hadiah sesama guru dan juga jamuan. Sambutan Hari Guru Peringkat SK Kg Kudong tamat pada pukul 2 petang.

Sepintas lalu:













Pertandingan Sofbol MSS Johor 2011

Tarikh: 11-14 Mei 2011
Tempat: SK Datuk Bentara Dalam, Segamat.

SK Kg Kudong telah terpilih mewakili Daerah Segamat ke MSS Johor bagi permainan sofbol lelaki bawah 12 tahun. Para pemain telah menjalani latihan pusat bersama-sama dengan pasukan sofbol perempuan (Segamat) bawah 12 tahun.

Pasukan Segamat (L12) telah diundi untuk berada satu kumpulan dengan pasukan Ledang dan Batu Pahat. Pasukan Segamat telah mencuba sehabis baik untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila hanya tewas tipis kepada Pasukan Ledang. Manakala kecederaan telah membelenggu pasukan Segamat sewaktu perlawanan dengan pasukan Batu Pahat. Sedikit sebanyak ini menjejaskan prestasi pasukan Segamat dan keputusannya, pasukan Segamat tewas kepada pasukan Batu Pahat. Tahniah diucapkan kepada pasukan Segamat, walaupun tewas mereka tidak pernah menyerah kalah dan sentiasa cuba untuk bangkit mengejar mata.

Rakaman peristiwa: