26 Julai 2010

Aktiviti Komuniti : Program Jom Jaga Gigi Dan Kesihatan Peringkat Negeri Johor

Tarikh:  23 Julai 2010
Masa:  10.00 pagi
Tempat: Kampong Selai, 86500 Bekok, Segamat, Johor.

Program Jom Jaga Gigi Dan Kesihatan Peringkat Negeri Johor

Keterangan:

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong telah diberi penghormatan untuk mempersembahkan Seni Silat Sunda dan Tarian Sewang pada Majlis Perasmian Penutup Program Jom Jaga Gigi Dan Kesihatan Peringkat Negeri Johor.

Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labis, YB En Chua Tee Yong.

Pada majlis ini juga telah ditayangkan rakaman video Jom Jaga Gigi. (seperti yang telah dinyatakan pada 'posting' sebelum ini)

Jutaan terima kasih diucapkan terutama sekali kepada Jabatan Kesihatan Johor dan juga pihak-pihak yang telah memberi kami peluang untuk turut serta dalam majlis ini.




15 Julai 2010

Aktiviti Komuniti : Rakaman Video Jom Jaga Gigi

Tarikh: 12 Julai 2010
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SK Kg Kudong
Penglibatan: Murid-murid tahun 1 dan Tahun 2 serta En. Mohamad Rizal bin Kapandi

Keterangan:

Penggambaran ini merupakan salah satu agenda bagi Program Jom Jaga Gigi peringkat Johor. Video ini akan ditayangkan sewaktu perasmian penutup dan juga ke seluruh negeri.

Sekitar penggambaran Jom Jaga Gigi.






04 Julai 2010

Aktiviti Sekolah : Hari Terbuka

Tarikh : 2 Julai 2010
Tempat : SK Kg Kudong
Masa : 8 pagi - 12 tengah hari