Tarikh: 12 Februari 2013 - 16 Februari 2013
Turut serta: Tn Hj Khalid bin Hashim (JPN Johor), En. Mohd Razali bin Talib (PPD Segamat), En. Hassan bin Yunus (PPD Segamat), En. Nor Faizzi bin Sulaiman (JAKOA JB), En. Mohd Yazid bin Beram (JAKOA JB), Pn. Suzilla bte Baki (JAKOA Segamat), Mohd Rizam bin Roomali (JAKOA Segamat)
Keterangan:
Lawatan penanda aras ini melibatkan warga SK Kampung Kudong bersama-sama murid-murid tahun 6 2012 dan ibu bapa mereka serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat dan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Program ini bertujuan sebagai satu wadah perkongsian ilmu dan pengetahuan tentang pendidikan antara dua negara di samping memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mengharumkan nama sekolah.
Berikut adalah tentatif program sepanjang beberapa hari kami di sana.
Ketibaan kami disambut meriah
oleh Mr Silapachai Polkla, Pengarah Wichianchom School
bersama-sama barisan guru dan murid-murid yang lengkap beruniform pengakap.
Kami dibawa ke bilik persidangan untuk sesi taklimat dan suai kenal. Di sini
kami telah diberi taklimat dan penerangan tentang pengelolaan dan pentadbiran
sekolah ini yang telah berjaya menghasilkan murid-murid yang cemerlang dalam
bidang akademik mahupun kokurikulum. Secara ringkasnya, sekolah ini merupakan
sekolah harian yang ternama di daerah Songkhla. Ia mempunyai seramai 150 orang
guru dan 2000 orang murid dari pra sekolah hingga tahun 6. Sekolah ini menerima
pembiayaan daripada syarikat korporat untuk melakukan P&P menggunakan iPad.
Selain itu, sekolah ini turut dilengkapi dengan kemudahan talian internet tanpa wayar (wireless) dan juga broadcasting television di setiap kelas. Sebarang pesanan yang ingin
disampaikan kepada murid ditayangkan terus ke dalam kelas melalui televisyen
daripada bilik siar raya.
Kami dibawa melawat persekitaran sekolah dan melihat sendiri
bagaimana P&P berjalan di sekolah ini. Persekitaran sekolah ini dihias
dengan cantik oleh guru-guru dan murid-murid. Kawasan sekolah dihiasi dengan
gambar murid-murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Salah satu keunikan
di sini ialah beberapa orang guru dari luar negara diambil untuk bekerja
sebagai tenaga pengajar Bahasa Inggeris. Mereka akan melaksanakan satu program
khas yang dipanggil English Programme
untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris di kalangan murid.
Berbagai-bagai ilmu telah dapat kami kongsi dan timba selama
2 jam di Wichianchom School. Kami berasa sungguh terharu atas sambutan yang
sangat meriah dan mesra oleh mereka. Terima kasih diucapkan kepada warga
Wichianchom School atas penerimaan mereka itu.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama memastikan program ini dapat berlangsung dengan jayanya, terutama sekali Jabatan Kemajuan Orang Asli yang telah memberikan dana untuk melaksanakan program ini, Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang membantu dari segi kelulusan, pihak Konsul Jeneral Malaysia ke Songkhla atas bantuan yang diberikan dan juga pihak POTO Travel yang banyak membantu sepanjang kami berada di Thailand.
Lawatan Penanda Aras Ke Wichianchom School, Songkhla, Thailand
Menjamu Selera di Thailand
Penginapan Kami - Hotel Hansa Venetian
Bersiar-siar di Samila Beach
Melawat Thai House Honey Had Yai
Membeli cenderahati di Nora Plaza
Membeli produk berasaskan kacang di Ranu Kohyo
Bersiar-siar di Lee Garden Night Market
Melawat Khao Nam Khang Historical Tunnel
Pemandu pelancong yang sentiasa bersedia membantu
0 komen:
Catat Ulasan