31 Disember 2012
Anugerah Sekolah Asli Terbaik Negeri Johor
SK Kampung Kudong telah diberi pengiktirafan atas kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum melalui Anugerah Sekolah Asli Terbaik Negeri Johor. Tahniah diucapkan atas kejayaan ini.
GRAF PENCAPAIAN UPSR SK KAMPUNG KUDONG 2007 - 2012
BAHASA INGGERIS
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN
BAHASA MELAYU - PENULISAN
MATEMATIK
SAINS
29 Disember 2012
Program Hik Apa Kabar?
Tarikh: 28 - 29 Disember 2012
Tempat: Kg. Tamok, Kg. Kemidak dan Kg. Selai
Penglibatan: Guru-guru, staf sekolah, wakil PIBG dan wakil JAKOA Segamat.
Keterangan:
Tempat: Kg. Tamok, Kg. Kemidak dan Kg. Selai
Penglibatan: Guru-guru, staf sekolah, wakil PIBG dan wakil JAKOA Segamat.
Keterangan:
Program Hik Apa Kabar? merupakan satu subprogram kepada Program Kiuh Ke Kampung, Kiah Ke Sekulah yang telah dilancarkan pada tahun 2011. Program Hik Apa Kabar? ini bertujuan untuk menyampaikan info tentang persekolahan tahun 2013 secara terus kepada ibu bapa atau penjaga murid di samping bertanya khabar. Kami akan ke tiga buah kampung iaitu Kg Tamok, Kg Kemidak dan Kg Selai. Guru-guru dan staf sekolah akan berkunjung dari sebuah rumah ke rumah lain untuk bertemu ibu bapa atau penjaga murid supaya mereka mendapat info terus dari pihak sekolah tanpa melalui orang tengah. Ibu bapa akan diberi edaran tentang pendaftaran ke asrama dan pengambilan buku serta baju sukan.
Rakaman bergambar:
Jumaat, 28.12.2012, 3:00 Petang
Bertolak ke Kg. Tamok
Bertemu ibu bapa di Kg. Tamok
Berkunjung ke rumah di Kg. Selai
Bertolak ke Taman Negara Endau-Rompin (Selai) untuk bermalam
Aktiviti malam : bermain kerchang dan diskusi & refleksi hasil kerja tahun 2012
Sabtu, 29.12.2012
Bergambar di Lubuk Tapah sebelum ke Kg. Kemidak
Berkunjung ke rumah-rumah di Kg Kemidak (destinasi terakhir)
*Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf yang telah sama-sama menjayakan program ini. Tidak lupa kepada PIBG SK Kg Kudong dan JAKOA Segamat yang sentiasa menyokong kami dan juga pihak Taman Negara Endau-Rompin (Selai) yang telah membantu kami sepanjang program ini. Terima kasih.
21 November 2012
Anugerah Cemerlang Calon Sekolah Asli UPSR 2012
Tarikh: 20 November 2012
Masa: 10:00 pagi
Tempat: SK Kg Kudong
Keterangan:
Adik Che Nur Shamimi Shazwani bte Che Mi telah diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Cemerlang Kategori Calon Sekolah Asli UPSR 2012 Negeri Johor . Tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga akan terus cemerlang dalam akademik dan ko kurikulum.

09 November 2012
Majlis Graduasi KEDAP SK Kg Kudong
Tarikh: 9 November 2012
Tempat: Dewan SK Kg Kudong
Turuthadir: Pengajar KEDAP dan peserta KEDAP
Aturcara Majlis:
1) Ucapan Guru Besar
2) Ucapan wakil peserta
3) Penyampaian sijil dan cenderahati
4) Jamuan
Tempat: Dewan SK Kg Kudong
Turuthadir: Pengajar KEDAP dan peserta KEDAP
Aturcara Majlis:
1) Ucapan Guru Besar
2) Ucapan wakil peserta
3) Penyampaian sijil dan cenderahati
4) Jamuan
07 November 2012
Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Akhir Tahun Pra Sekolah
Tarikh: 8 November 2012
Masa: 9:30 pagi
Turut hadir: ibu bapa / penjaga murid Pra Sekolah SK Kg Kudong
Rakaman bergambar:
Masa: 9:30 pagi
Turut hadir: ibu bapa / penjaga murid Pra Sekolah SK Kg Kudong
Rakaman bergambar:
05 November 2012
Rombongan Asrama Seri Gemilang Ke Melaka
Tarikh: 2 dan 3 November 2012
Tempat: Persekitaran Bandar Raya Melaka
Penglibatan: Warga Asrama Seri Gemilang dan guru pengiring
Aturcara:
Hari Jumaat / 2 November 2012
1) 12:30 tengah hari - bertolak pergi
2) Check-in tempat penginapan
3) Menaiki Menara Taming Sari
4) Melawat Muzium Samudera dan Muzium Tentera Laut
5) Makan Malam Di Restoran Parameswara, Umbai.
6) Menaiki Bot Melaka River Cruise
Hari Sabtu / 3 November 2012
1) Menaiki beca mengelilingi Banda Hilir
2) Melawat Zoo Melaka
3) Bergembira di Melaka Wonderland
*Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama terlibat dalam memastikan rombongan ini berjalan dengan jayanya. Semoga rombongan ini telah memberi 1001 kenangan manis kepada semua yang terlibat.

21 Oktober 2012
Rombongan KEDAP Ke Cameron Highland
Tarikh: 19 dan 20 Oktober 2012
Penglibatan: Para peserta KEDAP dan guru pengiring
Keterangan:
Pada Jumaat dan Sabtu yang lalu, para peserta Kelas Dewasa Dan Pribumi (KEDAP) telah terlibat dengan satu rombongan ke Cameron Highland, Pahang. Rombongan ini melibatkan kira-kira 35 orang peserta yang terdiri daripada peserta KEDAP sendiri dan guru-guru pengiring. Perjalanan mengambil masa kira-kira 7 jam. Tempat-tempat yang telah dilawati adalah Taman Agroteknologi MARDI (Tanah Rata), Pasar Tani (Brinchang), Ee Feng Gu Bee Farm (Habu), Rose Valley (Tringkap), dan S'Corner Strawberry Farm (Brinchang).
Gambar: