30 Mac 2014

PERTANDINGAN PIBG CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN

PIBG SK Kampung Kudong telah tercalon untuk ke peringkat akhir bagi Pertandingan PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Tahniah diucapkan dan semoga beroleh kejayaan yang membanggakan semua pihak.

20 Mac 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13

  • Tarikh: 20 Mac 2014
  • Masa: 3:00 petang
  • Tempat: Makmal Komputer
  • Perasmi: En. Abdul Aziz bin Ngah (Timbalan Pengarah JAKOA Negeri Johor)
  • Turut hadir: En. Mohd Sany bin Mohamed (Penghulu Mukim Bekok), En. Mohd Haris   bin Ahmad Fadhali (Wakil PPD Segamat) dan En. Asoi Lim Tian Chi (Batin Kg Kudong)

  • Keterangan:
          Pada 20 Mac 2014 berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Kudong kali ketiga belas di Makmal Komputer SK Kampung Kudong. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Aziz bin Ngah, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor. Turut hadir En. Mohd Sany bin Mohamed (Penghulu Mukim Bekok), En. Mohd Haris bin Ahmad Fadhali (wakil PPD Segamat), En. Asoi Lim Tian Chi (Batin Kg Kudong), guru-guru dan ibu bapa.

Kehadiran para tetamu telah disambut oleh persembahan silat yang dipimpin oleh Afezam bin Mat selaku ketua pesilat. Seterusnya En. Abdul Aziz bin Ngah telah disarungkan selempang dan sarung kepala yang diperbuat daripada daun kelapa sebagai simbolik mengalu-alukan kehadiran beliau ke mesyuarat PIBG ini.

Turut memeriahkan majlis ialah acara cabutan bertuah kepada ibu bapa yang hadir. Sebanyak 20 hamper telah disediakan yang terdiri daripada barang-barang keperluan harian.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini secara langsung ataupun tidak langsung.

  • Rakaman Bergambar:



 

 
   



18 Mac 2014

SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH

Tarikh: 18 Mac 2014
Masa: 8:00 pagi

Aktiviti:

1) Melafazkan Ikrar Anti Dadah

 2) Menghasilkan Replika Bahan Terlarang
  
3) Mewarna Poster "Benci Dadah"

4) Menjawab Kuiz Anti Dadah

  5) Simbolik Memusnahkan Rokok





17 Mac 2014

LAWATAN PENANDA ARAS KEMPIMPINAN CEMERLANG PPD KOTA TINGGI

Tarikh: 17 Mac 2014
Masa: 9:00 pagi
Tempat: SK Kampung Kudong

 Keterangan:
 SK Kampung Kudong berbesar hati menerima kunjungan daripada PPD Kota Tinggi sempena Lawatan Penanda Aras Kepimpinan Cemerlang Ke SK Kampung Kudong. Diharapkan segala input yang dikongsi akan dapat memberi impak positif. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkunjung ke sekolah kami.

Rakaman Bergambar: