25 September 2013

Hari 1M1S










16 September 2013

Anugerah Asrama Seri Terbilang Negeri Johor 2013

Tarikh : 14 - 15 September 2013
Tempat: Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor

Keterangan:
Pasukan futsal dan bola jaring Asrama Seri Gemilang SK Kampung Kudong telah terpilih untuk mewakili daerah Segamat dalam pertandingan sukan Asrama Seri Asrama Terbilang Negeri Johor. Pertandingan kali ini bertempat di beberapa tempat di sekitar Bandar Penawar, Kota Tinggi. Pasukan futsal telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala pasukan bola jaring telah mendapat tempat keempat. Asrama Seri Gemilang SK Kampung Kudong telah dinobatkan sebagai Asrama Desa Terbaik Negeri Johor 2013. 

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama menyumbang kepada kecemerlangan Asrama Seri Gemilang.

Rakaman Bergambar:





 

03 September 2013

Lawatan Ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA), Rompin, Pahang.

Tarikh: 3 September 2013
Masa: 10:00 pagi

Keterangan:

Murid-murid Tahun 6 bersama-sama beberapa orang guru telah mengadakan satu lawatan ke PIPOA Rompin, Pahang. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 di samping menjadikan ianya sebagai satu motivasi kepada mereka untuk terus cemerlang.

Terima kasih diucapkan kepada pihak PIPOA kerana menerima kunjungan kami.

Rakaman bergambar: