31 Ogos 2013

Jamuan Hari Raya Prasekolah SK Kg Kudong

Tarikh: 30 Ogos 2013

 Rakaman bergambar:







29 Ogos 2013

Lawatan Penanda Aras Ke Prasekolah SK Kg Kudong

Tarikh: 29 Ogos 2013
Masa: 10:00 pagi

Keterangan :

Satu rombongan peserta Bengkel Kerja Pemurnian Modul Pengoperasian Prasekolah Orang Asli Di Bawah Inisiatif Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berkunjung ke Prasekolah SK Kg Kudong. Lawatan ini adalah sebagai satu lawatan penanda aras sempena  bengkel yang dianjurkan KPM di Johor Bahru. Rombongan ini diketuai oleh Pn. Noor Akmar bte Jais (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia). Antara yang turut hadir dalam rombongan ini ialah Pn. Fauziah bte Hussain (Pensyarah Kanan IPG Kampus Sultan Abd Halim), ketua unit - ketua unit prasekolah jabatan pelajaran negeri seluruh Malaysia, dan juga wakil pejabat pelajaran daerah. Lawatan ini bertujuan untuk membuat tinjauan dan berkongsi idea dan pandangan serta saranan berkaitan dengan prasekolah. Terima kasih diucapkan kerana atas pengiktirafan yang diberikan kepada Prasekolah SK Kg Kudong dan semoga segala yang input yang diperoleh akan dapat digunakan untuk mencemerlangkan anak bangsa.

Rakaman bergambar:











 





 

27 Ogos 2013

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Tarikh: 26 Ogos 2013
Masa: 8:00 pagi

Aturcara Program:
 
1) Bacaan doa sempena Bulan Kemerdekaan


 
2) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor, Lagu Teraju Terulung dan Lagu Jalur Gemilang




3) Ucapan perasmian oleh Pn. Rosnah bte Yaacob - Guru Besar SK Kampung Kudong

 
4) Simbolik Bangsa Merdeka




5) Laungan Merdeka


23 Ogos 2013

Dalam Kenangan - Allahyarham Cikgu Mohd Noh bin Mohya (21.07.1980 - 23.08.2013)

 Dalam Kenangan - Allahyarham Cikgu Mohd Noh bin Mohya (21.07.1980 - 23.08.2013)



Nama: Mohd Noh bin Mohya
Tarikh lahir: 21 Julai 1980

Pendidikan awal:
SMK Dato Bentara Dalam, Segamat
Maktab Perguruan Sultan Mizan, Terengganu - KDPM Sains / Kajian Tempatan

Sejarah perkhidmatan:
SK Seri Bali, Chaah, Segamat
SK Kampung Kudong, Bekok, Segamat


"Raga ini terpaksa berpisah. Sendau gurau, canda tawa mungkin takkan lagi kita lalui bersama. Namun hati kita kan selalu bersatu, takkan terpisahkan oleh jarak yang jauh. Terima kasih atas apa yang telah kau berikan. Kenangan manis bersamamu akan tetap abadi dan terpahat selamanya dalam hati."

“Terimakasih atas apa yang telah engkau berikan, kenangan indah dan kenangan pahit bersamamu akan tetap abadi dan akan terkubur selamanya dalam hati, semoga kepergianmu adalah awal kehidupanmu yang abadi dan satu hal yang akan aku ukir dalam hidup ini, bahwa tidak ada sahabat sejati seperti engkau yang telah pergi.” - See more at: http://khezo.com/kata-perpisahan-sedih-akan-sebuah-persahabat/#sthash.ASeQ5J6y.dpuf

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi kamu. Kasih dan sayangNya melebihi kasih dan sayang kami terhadapmu.
“Terimakasih atas apa yang telah engkau berikan, kenangan indah dan kenangan pahit bersamamu akan tetap abadi dan akan terkubur selamanya dalam hati, semoga kepergianmu adalah awal kehidupanmu yang abadi dan satu hal yang akan aku ukir dalam hidup ini, bahwa tidak ada sahabat sejati seperti engkau yang telah pergi.” - See more at: http://khezo.com/kata-perpisahan-sedih-akan-sebuah-persahabat/#sthash.ASeQ5J6y.dpufccccc

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ [وَعَذَابِ النَّارِ]

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia,  ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburannya, cucilah kesalahannya dengan air, ais dan embun  sebagaimana mencuci pakaian putih dari kotoran, gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, gantilah isterinya dengan isteri yang lebih baik, hindarkanlah dari fitnah kubur dan siksa neraka.
Terimakasih atas apa yang telah engkau berikan, kenangan indah dan kenangan pahit bersamam - See more at: http://khezo.com/kata-perpisahan-sedih-akan-sebuah-persahabat/#sthash.ASeQ5J6y.dpuf
“Terimakasih atas apa yang telah engkau berikan, kenangan indah dan kenangan pahit bersamamu akan tetap abadi dan akan terkubur selamanya dalam hati, semoga kepergianmu adalah awal kehidupanmu yang abadi dan satu hal yang akan aku ukir dalam hidup ini, bahwa tidak ada sahabat sejati seperti engkau yang telah pergi.” - See more at: http://khezo.com/kata-perpisahan-sedih-akan-sebuah-persahabat/#sthash.ASeQ5J6y.dpuf

21 Ogos 2013

Kunjungan Daripada Wakil Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA), Rompin, Pahang.

Tarikh: 20 Ogos 2013
Masa: 12:30 tengah hari

Keterangan:
SK Kampung Kudong telah dilawati oleh 3 orang wakil daripada Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA), Rompin, Pahang iaitu En. Che Shamsuri bin Dolah, En. Mohd Afzal Nizam bin Zainudin dan En. Mohd Zaiful Zahari bin Awang Zakaria. Tujuan utama mereka berkunjung ke SKKK adalah untuk membuat tinjauan dan perkongsian dari segi pengurusan dan pentadbiran murid-murid orang asli dalam mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Rakaman bergambar:







03 Ogos 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pemberian Duit Raya

Tarikh: 2 Ogos 2013
Masa: 12:00 tengah hari
Tempat: Dewan SK Kampung Kudong

Keterangan:
Aktiviti ini merupakan satu rutin tahunan bagi warga SK Kg Kudong setiap kali menjelang Aidil Fitri.  Kesemua warga sekolah akan berhimpun dan para guru dan staff akan memberikan ucapan hari raya dan bermaaf-maafan sesama mereka. Acara kemuncak adalah pemberian duit raya kepada murid-murid. Diharapkan program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga sekolah di samping memupuk semangat 1Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada semua warga SK Kampung Kudong.

Rakaman Bergambar:




01 Ogos 2013

Majlis Berbuka Puasa & Sambutan Hari Lahir

Tarikh: 31 Julai 2013
Masa: 6:00 petang
Tempat: Asrama Seri Gemilang, SK Kampung Kudong

Keterangan:


Sudah menjadi rutin bagi semua warga SK Kampung Kudong untuk meraikan hari lahir setiap penghuni Asrama Seri Gemilang. Pada kali ini majlis sambutan hari lahir dimeriahkan lagi dengan majlis berbuka puasa bersama warga SK Kampung Kudong. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada malam tersebut.


Ucapan Alu-aluan 

Persembahan Nasyid
 
Berbuka Puasa dan Makan Malam

Sambutan Hari Lahir Murid Asrama