09 Julai 2013

Pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang

Tarikh: 8 Julai 2013
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Asrama Seri Gemilang, SK Kg Kudong

Keterangan:

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) merupakan satu program Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha menjadikan asrama sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.  Asrama yang terpilih akan dinilai berdasarkan program dan aktiviti asrama yang berfokuskan kepada pembangunan akademik, sahsiah, kerohanian penghuni asrama, pengurusan dan pentadbiran asrama.

Asrama Seri Gemilang, SK Kg Kudong telah terpilih mewakili negeri Johor dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir kebangsaan. Sebanyak 4 buah asrama telah berjaya dan akan bertanding pada peringkat akhir kebangsaan. Berikut adalah rakaman bergambar sewaktu penilaian ASAT peringkat akhir (kebangsaan).

Rakaman bergambar:













Selamat Datang

Warga SK Kampung Kudong bertuah kerana menerima 2 orang guru baru pada bulan ini (Julai). Selamat datang diucapkan kepada Cik Nurul Afiza bte Mat Rohan dan Cik Siti Nurbaya bte Yusof. Cikgu Nurul Afiza akan mengisi kekosongan jawatan Guru Pemulihan manakala Cikgu Siti Nurbaya akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pn Nurhafiz yang bercuti.

Diharapkan kehadiran 2 orang guru baru ini akan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah ini dalam segala aspek.





07 Julai 2013

Kem Motivasi & Jati Diri Murid Tahap 2 dan Ibubapa (PIBG)

Tarikh: 5 & 6 Julai 2013
Tempat: D'Rimba Bay Resort, Mersing, Johor
Penglibatan: Murid-murid Tahap 2, Ibubapa (PIBG) dan warga SK Kg Kudong

Keterangan:
Pihak pengurusan SK Kampung Kudong dengan kerjasama MREG HANC Training and Consultancy telah menganjurkan satu kem motivasi yang melibatkan ibu bapa beserta anak mereka. Tujuan utama kem motivasi ini adalah untuk memberi bimbingan dan meningkatkan tahap keyakinan diri murid dan ibu bapa dalam menghadapi cabaran dan mencapai kecemerlangan dalam semua perkara. Bermacam-macam aktiviti telah dijalankan melibatkan ibu bapa dan murid-murid seperti Leadership Game dan Jati Diri.

Diharapkan segala input yang telah diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya seterusnya memastikan objektif program ini tercapai. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Rakaman bergambar: