29 April 2013

Anugerah Guru Besar Sekolah Asli Terbaik & Anugerah PIBG Sekolah Asli Terbaik

Tarikh: 28 April 2013
Tempat: The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang.

Keterangan:
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Orang AsliTahun 2012 telah diadakan di The Zenith Hotel Kuantan, Pahang. Pada majlis ini, dua anugerah yang berprestij telah dianugerahkan kepada Pn Rosnah bte Yaacob selaku Guru Besar Sekolah 100% Orang Asli Terbaik Tahun 2012 dan juga kepada PIBG SK Kampung Kudong sebagai Anugerah PIBG 100% Orang Asli Terbaik Tahun 2012. Kami warga SK Kampung Kudong mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penghargaan yang diberikan. Semoga ianya akan menjadi pemangkin untuk kami terus mencipta kecemerlangan dalam mencemerlangkan anak-anak orang asli.

Rakaman bergambar:











27 April 2013

Selamat Tinggal & Semoga Jumpa Lagi

Tarikh: 27 April 2013
Masa: 10:15 pagi
Tempat: Kantin Sekolah

Keterangan:
Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Cik Sabariah Omar yang akan menamatkan perkhidmatan di SK Kampung Kudong sebagai guru ganti. Beliau telah menggantikan En. Zazali yang cuti sakit sebelum ini. Terima kasih diucapkan atas segala sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan dalam meneruskan kecemerlangan sekolah ini. Diharapkan beliau akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga jumpa lagi.

Rakaman bergambar:
 

 

24 April 2013

Johan Sofbol MSSD Segamat 2013

Tarikh: 24 April 2013
Tempat: Padang Kolej Vokasional Segamat
Masa: 8:00 pagi

Keterangan:
SK Kampung Kudong telah menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan untuk menyertai pertandingan ini. Setelah berusaha sehabis baik, pasukan sofbol lelaki berjaya merangkul gelaran Johan Pertandingan Sofbol L12 MSSD Segamat manakala pasukan perempuan berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Sofbol P12 MSSD Segamat. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam kecemerlangan pasukan sofbol ini.

Rakaman bergambar:

 








19 April 2013

Program Khidmat Masyarakat Tingkatan 6 (MPPPU) SMK Buloh Kasap

Tarikh: 20 April 2013
Masa: 9:00 pagi
Tempat: SK Kampung Kudong

Keterangan:
MPPPU SMK Buloh Kasap telah menganjurkan satu program khidmat masyarakat yang bertempat di SK Kampung Kudong. Ia melibatkan kira-kira 40 orang pelajar tingkatan 6 dari SMK Buloh Kasap, murid-murid SK Kampung Kudong dan ibu bapa (peserta KEDAP).

Antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi suai kenal, sukaneka dan penyampaian hadiah. Terima kasih diucapkan kepada warga MPPPU SMKBK kerana sudi berkunjung ke sekolah kami. Jemputlah datang lagi.

Rakaman bergambar:















10 April 2013

Kajian Tinjauan Pengoperasian Pra Sekolah Orang Asli oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh: 10 April 2013
Masa: 8:00 pagi
Tempat: SK Kampung Kudong

Keterangan:
SK Kampung Kudong telah dilawati oleh satu pasukan pemantau yang  terdiri daripada pegawai JPN Pahang (En. Mat Jusoh bin Mohamed), pegawai IAB ( Pn Noor Azilah bte Jamuri), pegawai Bahagian Pembangunan Sekolah Harian KPM (Pn Azizatul Mursyida Ramli & Pn Suriana bte Mohd Asari), pegawai PPD Pontian (En Zainal Abidin bin Md Shah), pegawai PPD Tampin (En Mohd Zakir bin Md Halil), pegawai JPN Johor (En Md Yusoff bin Mohammed), pegawai PPD Kota Tinggi (En Hasrin bin Ab Samad), pegawai PPD Muar (En Rosli bin Tumijan) dan pegawai PPD Segamat (En Mohd Razali bin Talib). Rombongan ini diketuai oleh Puan Asiah bte Hamzah dari Bahagian Pembangunan Sekolah harian, KPM.

Rombongan ini melakukan satu kajian tinjauan terhadap pra sekolah orang asli tentang pengoperasian dan cuba mencari kekuatan yang ada di setiap pra sekolah di kawasan orang asli.

Rakaman bergambar: