31 Disember 2012

Semoga Berjumpa Lagi


Anugerah Sekolah Asli Terbaik Negeri Johor

SK Kampung Kudong telah diberi pengiktirafan atas kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum melalui Anugerah Sekolah Asli Terbaik Negeri Johor. Tahniah diucapkan atas kejayaan ini.



GRAF PENCAPAIAN UPSR SK KAMPUNG KUDONG 2007 - 2012
BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN

BAHASA MELAYU - PENULISAN

MATEMATIK

SAINS

Pembahagian Buku Teks dan Buku Tulis

Tarikh: 31 Disember 2012
Masa: 9:00 pagi

Rakaman bergambar:




29 Disember 2012

Program Hik Apa Kabar?

Tarikh: 28 - 29 Disember 2012
Tempat: Kg. Tamok, Kg. Kemidak dan Kg. Selai
Penglibatan: Guru-guru, staf sekolah, wakil PIBG dan wakil JAKOA Segamat.

Keterangan:
Program Hik Apa Kabar? merupakan satu subprogram kepada Program Kiuh Ke Kampung, Kiah Ke Sekulah yang telah dilancarkan pada tahun 2011. Program Hik Apa Kabar? ini bertujuan untuk menyampaikan info tentang persekolahan tahun 2013 secara  terus kepada ibu bapa atau penjaga murid di samping bertanya khabar. Kami akan ke tiga buah kampung iaitu Kg Tamok, Kg Kemidak dan Kg Selai. Guru-guru dan staf sekolah akan berkunjung dari sebuah rumah ke rumah lain untuk bertemu ibu bapa atau penjaga murid supaya mereka mendapat info terus dari pihak sekolah tanpa melalui orang tengah. Ibu bapa akan diberi edaran tentang pendaftaran ke asrama dan pengambilan buku serta baju sukan.

Rakaman bergambar:

Jumaat, 28.12.2012, 3:00 Petang
Bertolak ke Kg. Tamok
 


Bertemu ibu bapa di Kg. Tamok


Berkunjung ke rumah di Kg. Selai


Bertolak ke Taman Negara Endau-Rompin (Selai) untuk bermalam

Aktiviti malam : bermain kerchang dan diskusi & refleksi hasil kerja tahun 2012

Sabtu, 29.12.2012
Bergambar di Lubuk Tapah sebelum ke Kg. Kemidak

Berkunjung ke rumah-rumah di Kg Kemidak (destinasi terakhir)



*Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf yang telah sama-sama menjayakan program ini. Tidak lupa kepada PIBG SK Kg Kudong dan JAKOA Segamat yang sentiasa menyokong kami dan juga pihak Taman Negara Endau-Rompin (Selai) yang telah membantu kami sepanjang program ini. Terima kasih.